Friday 26 March 2021

kisah Nabi Hanzhalah A.S

Kisah Nabi Hanzhalah A.S



Nabi Hanzhalah merupakan salah satu nabi yang tidak disebutkan dalam Al-Quran. Namun, kisah mengenai kaumnya Allah SWT abadikan didalam Al-Quran surah Qaaf Ayat 2.
kaum Nabi Hanzhalah A.S ialah ashabur rassy. salah satu daripada bahagian dalam Bani Israil yang menyembah sebatang pokok yang diberi nama Syakh Dirakht (Raja Pohon)

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa kota yang didiami oleh Nabi Hanzhalah itu terdapat sebuah gunung yang bernama Falaj dan menjadi tempat tinggal seekor burung yang bernama Anqa, iaitu seekor burung besar yang apabila terbang sebelah sayapnya akan mampu menutupi cahaya matahari (MashaAllaha)

Pada awalnya, burung ini tidak pernah mengganggu kaum Rassy tersebut sehinggalah burung ini mulai mengambil haiwan ternakan dan kanak-kanak dari kaum Rassy tersebut.hal ini membuatkan kaum Rassy merasa takut.

Oleh kerana Nabi Hanzhalah ini terkenal sebagai orang yang soleh maka mereka pun datanglah dan mengadu pada Nabi Hanzhalah agar ia berdoa pada Allah SWT supaya burung ini tidak lagi memangsa dan mengganggu mereka.

Nabi Hanzhalah pun berdoa kepada Allah SWT :
"Ya,Allah .. matikanlah binatang tersebut dan putuskanlah keturunannya"
seketika, burung Anqa pun terbakar dan musnah

Setelah kejadian tersebut Nabi Hanzhalah pun mengajak kaum Ashabur Rassy untuk beriman dan beribadah kepada Allah SWT kerana Allah SWT telahpun menyelamatkan mereka dari keganasan burung Anqa tersebut.. Namun tetap sahaja mereka fasik dan ingkar dengan seruan Nabi Hanzhalah dan mereka pun semakin taat menyembah pokok yang mereka pertuhankan.

sehinggalah NAbi Hanzhalah berdoa kepada Allah SWT agar pohon tersebut layu dan mati.Tentu sahaja Allah SWT mengabulkan doanya, dan keadaan ini membuatkan kaum tersebut marah kerana mereka menyangka bahawa Nabi Hanzhalah telah menyihir Tuhan mereka!

Akhirnya mereka menangkap Nabi Hanzhalah dan memasukkannya kedalam perigi dan kemudian menutup perigi tersebut dengan batu besar agar Nabiullah tidak dapat keluar dan mati. Nauzzubillahi Minzalik!Namun, ada seorang budak berkulit hitam yang beriman kepada Allah SWT dan Nabi HAnzhalah secara diam-diam senantiasa mengirimkan makanan kepada Nabi Hanzhalah ^_^

sehinggalah pada suatu hari budak tersebut kelelahan kerana pekerjaannya dan tertidur cukup lama hingga dia lupa memberi makanan untuk Nabi Hanzhalah yang berada didalam perigi tersebut.

Ternyata selama ia tertidur, kaum asshabur Rassy telah diberikan azab yang sangat pedih oleh Allah SWT! Allahuakhbar .. Allah SWT mengazab kaum tersebut dengan menjadikan mereka batu hitam! buakan sahaj kaum itu yang menjadi batu malah pokok-pokok dan haiwan ternakan turut menjadi hitam.

Hingga Akhirnya, sebahagian daripada mereka betaubat dan mengeluarkan Nabi Hanzhalah daripada perigi itu.Dan mereka pun mula beriman kepada Allah SWT dan Nabi Hanzhalah.Setelah keluar daripada perigi tersebut Nabiullah terus mencari budak berkulit hitam yang menolongnya selama ini.Namun begitu budak tersebut tidak ditemui dan tidak ada seorang pun yang tahu kemana budak itu pergi.bahkan di saat bala Allah swt tiba budak itu turut tidak kelihatan.

Dan menurut kitab tafsir ibny Katsir, budak tersebut telah tertidur selama 7 tahun lamanya dan dihadiahkan Syurga oleh Allah SWT..

wallahualam....

Tuesday 23 March 2021

Kiraan Detik Sebelum Ajal

Biar aku sendiri.. 
Menghitung dosa-dosaku.. 
Yang tak terkalahkan banyak seperti buih-buih d lautan.. Betapa sesal itu kian bernafas di rongga dada.. Naik turunnya nafas ini sekadar menyesali apa yang telah kulakukan dengan iman di dada..
Betapa serakahnya nafsu.. Membenarkan apa yang salah.. Hingga kebatilan itu menutupi tiap kebenaran yang masih tersisa pada lembutnya hati.. 

Ya, Tuhan.. Apakah aku sudah selayaknya kau tempatkan d neraka.. Kerana dosaku dan penyesalanku berulang ganti dengan kelalaian yang tiada kunjung berhenti.. 

Ya rabb.. Apakah aku masih layak ke syurgaMu nan indah itu? Apakah aku masih kau sisakan untuk menghidu betapa wangi nya syurga Mu? 

Ya Rahman.. Ya Karim.. 
Seandainya hanya sekadar inilah detik detak jantungku.. Kumohon Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosaku dengan segenap rahmat dan kasih sayangaMu.. 

Teguhkan lah hatiku untuk tetap di jalanmu.. 
Teguhkan lah langkahku agar tidak berpaling sekali lagi dariMu.. 

Sesungguhnya.. 
Solatku, ibadahku
Hidupku dan matiku hanyalah UntukMu.. 

Wednesday 20 August 2014

Baby Ahda yang sedang tidur ~_~
Asslamualaikum para pembaca semua....
Alhamdulillah hari ini Allah berikan kelapangan pada ana untuk terus mencoret sedikit coretan pada blog ana yang baru sahaja dibersihkan sawangny... hehe..
Sedang leka melayan mukabuku, terbaca satu artikel tulisan ebit lew, yang dikongsikan dari sahabat ana tentang ibu... tentang Rasa tersisih seorang anak terhadap ibunya... erm... tulusly, ana jugak pernah rasa begitu, almaklumlah anak perempuan nie kadang kadang emosi lebih sikit berbanding anak lelaki... heee ... tapi selepas baca artikel tu rasa sebak pun ada...benar... ibu mana yang tak sayang ana... cuma kadang kadang ibu jua terlepas pandang dalam mempamerkan kasih sayang antara anak lelaki dan perempuan... Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa hendaklah ibu atau ayah lebih menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak perempuan... mula mula tak faham jugak kenapa rasulullah saw bersabda demikian... rupanya baru ana mengerti bahawa anak anak perempuan ini lebih beremosi berbanding anak lelaki, maka harus ibu atau ayah lebih menunjukkan rasa kepada mereka supaya mereka rasa tak tersisih... wallahualam... ini hanya buah fikiran ana...
 Dan....
 Jeng jeng jeng.. heee semenjak dah jadi ibu nie, rasa sayang kepad ibu ternyata semakin kuat ... alhamdulillah... semoga Allah swt kekalkan perasaan ana ini... insyaAllah...
Okey! Sekian dulu coretan ana untuk kali ini, moga kita dipertemukan lagi dilembaran berikut ny....