Friday, 28 October 2011

KeNaPa WaNiTa MeLuAt DeNGaN BiDaDaRi ???

Kenapa wanita MELUAT dgn BIDADARI? ...eh????


 “Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”..
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana ntah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Saya  nak bincang hal yang lebih penting.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. 



Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke? 
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. 
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.


Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. 
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’. 
Betul? 
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.



Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?



Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..
P. S : Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!=)

Amin...^___^

10 JeNiS TaNGiSaN (T_T)

Kata Ibnu Qayyim "10 JENIS TANGISAN "

• Menangis kerana terlalu sedih
• Menangis kerana terasa hina dan lemah
• Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
• Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
• Menangis orang munafik - pura-pura menangis
• Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
• Menangis kerana rasa takut
• Menangis kerana cinta
• Menangis kerana gembira
• Menangis kerana menghadapi penderitaan.

MENANGISLAH!!! BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH!!! DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN!!!

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“ Dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. ”
(An-Najm,43)

Jadi, ALLAH SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti…kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini.

Namun,tangisan itu tercela atau terpuji..?? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Rasulullah bersabda mafhumnya;
"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah;…(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah ketika bersendirian kemudian air matanya mengalir"

( HR. al-Bukhari, Muslim dan lain-lainya )

dan juga dalam hadis lain mafhumnya,
"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak"

(HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)

Air Mata Yang Tiada Di Tuntut

• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita.Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?

• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.

• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan. Dari itu...

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".
(QS. 17:109)

Ku titiskan air mataku ini buatmu YA ALLAH...



KaWaN, TeMaN & SaHaBaT ^_^

Jika ada yang bertanya padamu siapa aku, katakanlah aku adalah sahabat. Jika dia masih kurang yakin dengan jawapanmu, katakanlah kau mengenaliku…
Aku hanya insan biasa yang tak punya apa… hartaku tidak berlimpah.. wajahku tidak seindah bulan yang dipagari bintang.. kelilingku tidak punya kenalan yang ramai menemani..

Ingin ku karam dalam lautan nan luas.. Biarku bertemankan karang-karang yang bisu…
Biarkan aku bersindirian bersama tapak sulaiman yang sepi..
Aku lebih rela begitu, dari melihat mu yang tidak sudi memandangku..
Aku tidak meminta banyak dari hidupmu.. Cukuplah kau mengingatiku sebagai manusia yang pernah mendampingimu..
Kerana bagiku, persahabatan kita umpama talian hayat yang amat kunantikan sepanjang hidupku…

Tapi kini, aku kehilangan mu. Benarkah itu?? Atau kau yang kehilangan jejakku?
Aku masih terfikirkan satu hal yang tidak dapat kujawab oleh akal warasku..
Yang manakah lebih sakit.. yang ditinggalkan atau yang meninggalkan?
Aku pernah rasa sakitnya ditinggalkan…
Perih! Sungguh tiada yang mampu jadi ubatnya, hatta masa sekalipun..
Sakitnya umpama, tangan yang dikerat saat kau sedar.. seolah-olah urat-urat yang berada ditanganmu itu terputus satu persatu… dan saat tangan tersebut tercerai dari bahumu, sepertiga nyawamu turut melayang terbang di bawa angin lanina yang tak mungkin kau temui kembali..Sekuat manapun matamu kau pejam, kesakitan itu takkan berlalu sepantas kerdipan matamu yang kian lemah…

Ya… Aku ingin teriakkan rasa sakitku! Tapi, kata-kata ku ditimbus lahar bisa  yang maha sakit di tekak. Membuatku seakan sukar bernafas..  Membuatku mendongak ke langit, lalu perlahan-lahan aku berbisik kepada Tuhan ‘ Redha lah aku ya, Allah’ …

Sahabat…
Segala riang dan gembira yang kita kongsi bersama amat indah buat manusia sekerdilku…
Masih terngiang-ngiang gelak ketawamu.. Terlalu indah.. Ibarat instrumal piano yang membuai rasa ku di saat aku inginkan ketenangan..
Di Matamu kulihat diriku,
Di jasadmu ku lihat semangatku…
Apakah kau merasa hal yang sama duhai kawan?

Aku mahfuz di dunia sementara ini,.Tapi tolong…Jangan hapus aku dari jiwa mu,ingatanmu dan doamu,.Iringi aku dengan doa kudus mu..Aku pergi tak mungkin kembali.. Aku akan merindukanmu… adakah kau juga akan merinduiku?

Ingin sekali aku membencimu… tapi hatiku tidak mampu berbuat begitu.. Kerana kebaikanmu terlalu banyak yang aku kenang… terbayang-bayang di pelupus mataku yang berat ini. Kebaikanmu, melebihi kesakitan yang kau wujudkan di dalam hatiku… Itu adalah sebab terbesar aku masih setia di sisimu, walau kau tidak lagi melihat kewujudanku…



Sahabatku,
Relakan pemergianku.. Perpisahan ini sedikit pun tidak akan memutuskan ikatan ukhuwah antara  kita.. kerana ikatan ini kusimpul mati… telah ku simpan di dalam kalbu yang ku kunci… dan untuk pengetahuanmu, kuncinya telah ku lontar jauh ke dasar laut…
Jangan kau tanyakan di mana lautan itu, kerana aku akan buat- buat lupa supaya kau tidak akan menemui kuncinya kembali..


Kawanku,
Engkau kah itu?
Yang mendoakan kebaikanku di dunia dan akhirat?
Engkaukah itu?
Yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah, tatkala tubuhku sudah terbaring kaku?
Aduhai, sayu hatiku melihat air matamu yang berguguran..
 Jangan menangis lagi…
Jangan kau siksa aku dengan air mata itu..
Aku tidak mungkin dapat menghapus air matamu lagi.
Bawalah sapu tangan bercorak cintaku padamu supaya air matamu itu tidak terus membasahi pipi mu yang pernah tersenyum buatku…


Sahabat,
Akhir kata dariku. Andai persahabatn ini terlerai jua… Aku doakan kau bertemu dengan sahabat, teman, mahupun kawan yang lebih baik dariku. Kerana aku hanya seorang yang biasa tetapi impianku terlalu tinggi hingga menjulang angkasa raya .. aku ingin menjadi teman yang luar biasa buatmu… yang mampu mencapai jarimu saat kau kehabisan daya untuk bangun dari terus berjuang di jalanmu.. aku ingin menjadi bahu yang tegar memikul beban duka yang tidak tertanggung di pundakmu.. terima kasih padamu kerana sudi menjadi teman buat ku. Semoga kau bahagia di samping sahabat barumu…. 

~JaNGaN LuPa AkU~