Saturday 5 May 2012

Warkah Ukhti Berbau Setanggi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam Buat Junjungan Kekasi Kita Rasulullah SAW

Karya Pertama saya :: Dis Puspa Darwis::

:: Warkah Ukhti Berbau Setanggi ::

_________________________________________________________________________________
Tudung labuhnya berkibaran disapa angin. Sudah hampir sejam dia duduk di tepi tasik tersebut. Sampul surat bersaiz A3 didakap erat ke dada. Perasaannya berbaur. Takut,gembira dan sedih.. Takut menghadapi hakikat. Gembira kerana akan bakal bertemu. Dan, sedih kerana pertemuan tersebut bakal menuntut perpisahan. Lamunanya panjang melimpasi tasik buatan di hadapannya. 
'Assalamualaikum, akak', Dia kembali ke dunia tempat dia berteleku tadi. Bahunya disentuh lembut. Kepala dialih ke kanan. Senyuman disedekahkan. Terpamer di mata wajah lembut. selembut namanya ... Sayyidah Nafisah.. 
'Waalaikumussalam.. Bagaimana kuliah hari ini?', Senyuman masih bersisa .
'Alhamdulillah ... Bikhoir kak .. Ustazah Nur sampaikan tentang kisah ketaatan para sahabat Rasulullah SAW kepada Khalid kita Allah SWT', Sambungnya lalu duduk di sisi Zaudah. Ucapan Alhamdulillah membasahi bibir meski tiada kedengaran sepicing suara pun.
'Tadi akak dah ambil keputusan kesihatan akak kan? Jadi apa doktor cakap? Semua khoir kan kak?', Nada Nafisah sedikit serius berbaur risau. Senyuman Zaudah kembali mekar. lebih mekar dari yang pertama tadi. 
'Alhamdulillah... Semua baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan', Hakikatnya hatinya gementar...Namun tidak ingin diluahkan kepada sesiapa pun. Cukup Allah SWT menjadi tempat mengadunya. Bukan kepada manusia yang juga hambaNya .. 

^^ Tiga Bulan Berlalu^^ 

Dan seperti biasa tasik tersebut sekali lagi menerima kunjungan Zaudah.. Keadaan tetap sama seperti hari-hari kemarin. Tiada yang berubah. hanya cuaca agak redup tengah hari itu. Zaudah mendongak ke langit. Hatinya berbisik kalimah 'Subhanallah'. Dia kembali merenung tasik di depannya.
'Assalamualaikum, ukhti'.Allahurabbi!! Hatinya tersentak. Terkejut dengan suara ikhwan yang menyapanya. Suara yang amat dikenalinya. Jawapan salam hanya terukir dibibir tanpa suara. Tiada senyuman mahupun lirikan manja .
'Bagaimana? Ukhti sudah punya jawapannya?', Tanyanya lagi. Zaudah segera menyelongkar beg hitam miliknya. Lantas mengeluarkan sepucuk surat.
'Ukhti masih enggan berbicara dengan saya?', surat bertukar tangan. Mata Zaudah tidak beranjak memandang tasik yang terbentang di hadapannya. Wajah itu amat lokek dengan senyuman. walau hanya sebaris.
Zaudah lantas berdiri. Menyapu debu di baju kurungnya.Tanpa pamit terus berlalu pergi begitu sahaja. Ikhwan yang bernama Marwan hanya terpaku seolah-olah tidak percaya. Hatinya dipalu kesal dan marah. Sombong!! Bentak hatinya.
Dengan hati mendongkol Marwan berlalu pergi. Urghhh!! 

^^Sebulan Yang Lalu^^

Bagai terpanggil untuk lalu di kawasan pejalan kaki taman tersebut. Marwan dan Hadad berjalan beriringan. Sekilas Hadad memandang ke kanan. Matanya pantas tertangkap kelibat gadis bertudung labuh di situ. Langkah kaki Hadad terhenti. Mata gadis tersebut begitu asyik menatap tasik di hadapannya. Tiada gerakan tubuh.  Kaku seperti patung.
'Kenapa?', Tanya Marwan setelah menyedari langkah kaki Hadad tidak lagi beriringan dengannya. Matanya memandang ke arah yang sama seperti Hadad.
'Panas terik begini boleh pulak gadis tu termenung kat situ. Pelik', Kening Hadad berkerut. Senyuman nakal tersungging di bibir Marwan. Kakinya berlari anak menuju ke arah gadis tersebut..Suara Hadad tersekat di kerongkong, tidak sempat menahan kenakalan sahabatnya itu. Pantas sahaja titian kayu di hadapannya dilalui.
'Assalamualaikum, Ukhti', Sapa Marwan dengan harapan dapat mendengar suara gadis tersebut. Sesaat berlalu. Salam berjawab tanpa suara. Hanya gerakan bibir. ego Marwan terguris. Namun masih mampu tersenyum.
'Ukhti berseorangan? Boleh saya temankan?', Pantas Marwan melabuhkan punggung di sisi Zaudah. Hadad menepuk dahi. Belumpun Marwan sempat duduk. Zaudah sudah berdiri. Dan pantas berlalu pergi. Hadad menahan gelak. Air muka Marwan berubah drastik.
'Kalau eya pun nak jual minyak, agak-agaklah bro. Takkan gadis solehah macam tu pun engkau nak buat selamba', Kata-kata Hadad umpama racun yang menjalar ke tangkai hati Marwan.
'Kau diam boleh tak?? Biasanya, gadis macam tu suka kalau diajak kahwin. Esok aku nak lamar dia.Kalau dia terima, masa tu jugak aku nak gelakkan dia! Tak sabar rasanya!', Senyuman dendam terukir di bibir. Hadad geleng kepala. 'Tak habis - habis budak ni!'. Bentak Hadad dalam hati.

^^Esoknya^^

Zaudah masih meneruskan rutin hariannya. Berteleku di tepi tasik. Menunggu Sayyidah Nafisah adik satu-satunya. Keterikan mata hari tidak sedikitpun mengganggu rutin hariannya itu. 'Panas matahari ini amat sedikit jika dibanding dengan panasnya api neraka. Ya, Allah Api neraka manakah yang kau sediakan untuk membakar aku... ' Lantas hatinya beristighfar. Air matanya sudah bertakung. pantas diseka dengan hujung lengan baju nya.
Marwan memerhati gadis itu dari jauh. Dia tersenyum sumbing. Kali ini dia datang tanpa ditemani oleh Hadad. Seperti kemarin dia berjalan mendekati gadis tersebut yang namanya belum diketahui.
'Assalamualaikum, ukhti', Marwan memberi salam. Dan seperti kemarin juga, Zaudah masih beku. Tanpa suara. Meski salam berjawab. Zaudah tidak beranjak apatah lagi berpaling memandang lelaki yang juga tidak diketahui namanya. Marwan berdehem beberapa kali.
'Saya Marwan. saya datang kali ini dengan hajat yang besar, ingin mengambil Ukhti sebagai isteri saya', Ayat yang sejak semalam dikarang hebat di minda mula digunapakai. Senyuman sinis terukir lagi di bibir. 'Harap-harap jerat mengena'. Bisik hati marwan. wajahnya penuh kejahatan .
Zaudah tersentak! Amat terpukul dengan lamaran itu. Hatinya mendongkol. Jantung yang sedia sakit, berdenyut laju. Dan seperti kemarin, sekali lagi dia berlalu begitu sahaja. Tangan kanannya sudah mula menekan-nekan dada kirinya. 'Ya, Allah... beri aku sedikit kekuatan dari kekuatanMu yang banyak'. Hati Zaudah bermohon penuh harap.Air mata mula menitik. Panggilan Marwan tidak sedikit pun dihiraukan. Wajah Marwan merah menahan malu. Untung saja Hadad tidak menemaninya. Kalau tidak, dimana wajahnya hendak dosorok. Hatinya semakin panas!!

^^Hari-Hari Berikutnya^^

Tasik itu sunyi tidak berpengunjung. Namun Marwan tetap setia menanti. Menunggu 'Ukhti' yang mulai mendapat tempat dalam hidupnya. Ukhti yang mengacau bilaukan jadual rutinnya. Sudah hampir sebulan dia kehilangan jejak ukhti tersebut. hatinya bagai dipalu-palu. Saban waktu penantiannya berakhir tanpa pertemuan. Pandangannya terarah pada kelibat gadis bertudung labuh. senyumannya mengembang.. bagai bunga disirami embun pagi...hatinya yang layu kembali subur.
Dan AKHIRNYA... Hari ini ukhti itu kembali ke tempat yang bersejarah buat Marwan. Hatinya bagai disinari mentari petang selepas hampir sebulan awan mendung menyelimuti.  Buat PERTAMA kali tiada lagi senyuman sinis di bibir. berganti dengan senyum bahagia. Pantas Marwan mendekat.
Zaudah duduk berteleku di tempat biasa. Hari ini mungkin hari terakhir tempat ini menerima kunjungannya. Hari ini dia berpuasa. Cuba sedayanya mengosongkan perut. Beg di sisi segera di pangku..


  ******************************                 

^^Jumaat Yang Hening^^

'Perlahan-lahan.. Jangan lupa alas kepala jenazah tu dengan tanah', Zafran cuba mengingatkan. Suara itu menggamit perhatian Marwan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut. Marwan singgah untuk menghormati jenazah  walau tidak tahu gerangan jenazah tersebut. wajahnya sugul.
'Nafisah akan selalu doakan akak. Kelak, Tasik Kauthar akan terus sunyi tanpa kehadiran akak..', Marwan tersentak! Nafas seakan terhenti. Jantung bagai tidak berdetik. 'Tasik Kauthar????' Maknanya dia... Wajah Marwan berona kaget!
'Maaf, dik. Maksud adik almarhumah ni Cik Zaudah?', Hati Marwan seolah pucat tidak berdarah.'Semoga bukan dia ya, Allah..' . Semangat yang terbang cuba dikumpul semula.
'Abang kenal Kak Zaudah??', Kening Nafisah berkerut. Mustahil!! Kak Zaudah bukan jenis wanita yang melayan lelaki. Tambah lagi setelah arwah sakit .
'Arwah ni , yang selalu duduk kat Tasik Kauthar kat belakang tu kan?. Abang kenal arwah kat situ', Jelas Marwan. Air mata ditahan, bagai air yang hendak tumpah.
'Abang ni... Marwan??', Soal Nafisah kembali. Hanya anggukan lemah membalas pertanyaan tersebut. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua. Menjadi tanda kepiluan hatinya saat itu.

Jadi benarlah isi surat tersebut. Benarlah nyawanya sudah tidak sepanjang mana. Tapi kenapa sesingkat ini sahaja.. Hujan mulai membasahi bumi. Lalu aroma kasturi bertebaran di tempat persemadian itu. Rata -rata mereka kaget. Namun masing - masing membasahkan lidah dengan kalimah Subhanallah.. Lalu talkin dibaca sayu. Diiringi gugurnya bunga-bunga kemboja putih...


:: Entiti Surat Ukhti Zaudah ::
11 Jamadil Awal 1433H /  13 April 2012
Assalamualaikum..

Kehadapan saudara Marwan yang tidak pernah saya lihat. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas segala keterlampauan cara saya terhadapmu. Maaf andai ada tindakan saya yang mengguris hatimu wahai saudara seislam saya.
Sungguh saya berterima kasih atas kesudianmu melamar saya. Bersaksikan dua malaikat yang  menjaga saya . Andai kamu tahu umur saya sudah tidak sepanjang mana, pasti! lamaranmu itu untuk gadis lain.
Saya merasa berdosa pada dirimu kerana telah menjadi fitnah buatmu tanpa kamu sedari. Mungkin ada tindak tanduk saya yang telah memikat hatimu. Semoga Allah SWT mengampuni kita.
Maaf sekali lagi kerana surat ini adalah untuk menolak lamaranmu. Kamu terlambat wahai saudara. Saya sudah terlebih dahulu dilamar 'MAUT' sebelum kamu hadir. Maka, mana mungkin saya berpaling dari tunangan saya si 'MAUT' itu..
Maaf sekali lagi .. kerana tidak dapat menzahirkan suara di hadapanmu. Kerana nikmat suara itu sudah ditarik sejak berbulan yang lalu. Saya bisu wahai saudara. Andai saya boleh berkata-kata sekalipun, saya tidak akan menzahirkannya... keran bimbang suara saya menimbulkan syahwat di hatimu. 
Maaf sekali lagi .. Kerana tidak pernah menzahirkan senyuman selama di sampingmu. kerana hati ini sentiasa bimbang, sentiasa takut! Takut senyuman itu mengundang gelora pula di hatimu. Bimbang juga senyuman yang tidak bertempat mengundang derita di alam barzakh saya. Takut jika gara-gara senyuman itu membuat saya menangis di akhirat. Justeru saya tidak ingin tersenyum walaupun ianya sedekah .
Maaf sekali lagi.. Kerana tidak pernah memandangmu walaupun sekilas. Kerana saya sedia maklum pandangan mata itu adalah antara sekian panahan-panahan iblis yang boleh menjatuhkan kita ke lembah zina hati. Saya tidak sanggup menanggung dosa besar. Justeru itu, saya memilih untuk merenung tasik di depan saya.

Dan untuk terakhir kalinya... Maafkan saya. Tolong biarkan saya sendirian di tasik itu....

Sekian, Wassalamualaikum... 

Saya,
Zaudah ..
~Hanya Gambar semata tiada kaitan dengan kisah di atas~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.