Saturday, 19 November 2011

Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Akhirat ^_^

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."

Saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat semua… marilah kita meletakkan al qur’an di tempat yang selayak untuknya… bukan di atas almari yang tinggi... 

BaRaH oTaK?? ^_^

Berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya.

Bagaimanakah tumor otak ini diklasifikasikan?

Ia boleh diklasifikasikan sebagai:

1. Tumor Benigna (bukan kanser).
2. Tumor Malignan (kanser).
Terdapat 2 kategori tumor otak

1. Tumor otak primer - tumor ini berasal atau tumbuh dari otak.

2. Tumor otak sekunder (dikenali sebagai metastatik) - ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit.

Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko tumor otak?
Tidak terdapat faktor-faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit-pesakit yang menghidap tumor otak. Dengan mengkaji beberapa kes pesakit tumor otak, didapati sesetengah jenis tumor otak lebih kerap berlaku di kalangan pekerja-pekerja kilang penapis minyak, industri-industri pembuatan bahan-bahan getah dan dadah. Ahli-ahli kimia dan para pengawet adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini.


Apakah gejala-gejala tumor otak?

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.

* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.

* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.

Perubahan tingkah laku seperti bersikap 'tidak apa', hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut. Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan berjumpalah doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser.


Bayi yang menghidapi kanser selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut :

* Ubun-ubun membonjol (bukaan yang tedapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).
* Lilitan kepala membesar.
* Tidak terdapatnya refleks merah di dalam mata.


Di kalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

* Loya dan muntah.
* Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
* Gangguan makan.
* Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
* Perubahan pada gaya berjalan (berjalan terencot-encot), ataksia (terhuyung-hayang).
* Kesukaran untuk berjalan.
* Keletihan dan terasa lemah badan.
* Peningkatan berat badan.
* Perubahan pada endokrin.


Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:

* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).
* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.
* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).
* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.


Bagaimanakah kita boleh mencegah dari berlakunya tumor otak ini?

Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.



KEMATIAN

waktu akan terus berlalu. yang tinggal hanyalah kenangan. kenangan yang lambat laun semakin kabur dan mungkin akan hilang dari ingatan apabila di telan masa.

Tiada yang kekal...........
Yang hilang akan berganti,
Patah akan tumbuh kembali,
Yang lama berganti baru,
muda menjadi tua,
yang tua lanjut usia,
usia di akhiri dengan KEMATIAN...

kematian pula akan memulakan kehidupan kita di alam barzakh...
alam di antara dunia dan akhirat...
alam di mana permulaan siksa ataupun nikmat...
sama ada ia menjadi antara lubang-lubang neraka
atau
antara taman-taman syurga...

Allah SWT tidak hairan dengan dosa yang kita lakukan,
tetapi Dia hairan mengapa hambaNya itu tidak pernah memikirkan untuk bertaubat..
merasa hidup lebih lama dan lebih panjang...

Apakah kita yakin usia kita lebih panjang daripada usia yang telah kita tinggalkan?
atau apakah kita terlalu yakin bahawa kita perlu sakit terlebih dahulu baru di matikan?
Jangan meyakini sesuatu yang anda sendiri meragukan kebenarannya...
Kerana yang dinamakan KEMATIAN itu tidak akan dipercepatkan walau seminit,
bahkan tidak pula akan ditangguhkan walau sesaat..
datangnya sentiasa TEPAT pada waktunya.
tanpa perlu dijemput ia PASTI mendatangi sesiapa pun yang dia inginkan atas kehendak ALLAH SWT..

Tidak perlu di seru, tidak perlu di puja, dan tidak perlu di minta.
Ia sudah di takdirkan untuk setiap manusia,
tidak kiralah dia seorang ISLAM, YAHUDI, KAFIR, mahupun NASRANI..

kesihatan tubuh badan tidak pernah menjadi jaminan untuk umur yang panjang!
kekayaaan  dan kemiskinan harta benda bukan penentu azab atau nikmat kubur yang bakal di rasa,
kesibukan atau kelapangan bukan penghalang untuk KEMATIAN tiba,
muda atau tua bukan pengukur jangka hayat manusia...

jadi apa alasan kita untuk terus bersenang lenang tanpa iman?
ke sana ke mari tanpa tujuan amal,
berterusan melakukan dosa dan maksiat,
apakah kita yakin bahawa segala kebaikan akan mendapat ganjaran?
betapa ruginya orang yang menyombong diri di atas muka bumi ini,
mereka lupa bahawa tanah tempat mereka berpijak akan menghimpitnya suatu hari nanti!
dan beruntunglah mereka yang senantiasa berpesan-pesan kearah kebaikan..
yang merasa mati semakin dekat, lalu berusaha keras mencari REDHA Allah SWT..
merasa setiap detik perlu diisi dengan kesedaran untuk bertaubat...
kesedaran untuk meminta ampun kepada Tuhan,
merasa diri sentiasa diperhatikan MALAIKAT MAUT,
yang mengintai masa untuk  memisahkan nyawa dari jasad...

Ya, ALLAH!!!
aku takut pada kemurkaanMU!
aku takut pada siksaMU!
Ya, Rabbul Izzati...
Aku mohon padaMu...
Janganlah Kau matikan aku dalam keadaan berbuat dosa padaMU...
Jangan KAu cabut nikmat iman di hatiku...
Aku memohon padaMU,
Lindungilah aku dari azab siksa kuburMU...
Jadikanlah aku hamba yang mendapat ampunan dariMu..... (T_T)

NiLaI TuDuNG WaNiTa ^_^


Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

   Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

   Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

   Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

   Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

   Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

   Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

   Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?