| Utk dikongsi bersama................. SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun, "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak. |
Apabila datang pertolongan Allah & kemenangan, & kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyun-duyun, maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu & mohonlah ampun kepada-Nya. Sesunggunya Dia adalah Penerima Taubat ~Surah An-Nasr Ayat 1-3~
Showing posts with label UkHWaH ~. Show all posts
Showing posts with label UkHWaH ~. Show all posts
Tuesday, 28 February 2012
PiNgGaN BuaT AyAH .... ^_^
Labels:
UkHWaH ~
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
Saturday, 19 November 2011
KEMATIAN
waktu akan terus berlalu. yang tinggal hanyalah kenangan. kenangan yang lambat laun semakin kabur dan mungkin akan hilang dari ingatan apabila di telan masa.
Tiada yang kekal...........
Yang hilang akan berganti,
Patah akan tumbuh kembali,
Yang lama berganti baru,
muda menjadi tua,
yang tua lanjut usia,
usia di akhiri dengan KEMATIAN...
kematian pula akan memulakan kehidupan kita di alam barzakh...
alam di antara dunia dan akhirat...
alam di mana permulaan siksa ataupun nikmat...
sama ada ia menjadi antara lubang-lubang neraka
atau
antara taman-taman syurga...
Allah SWT tidak hairan dengan dosa yang kita lakukan,
tetapi Dia hairan mengapa hambaNya itu tidak pernah memikirkan untuk bertaubat..
merasa hidup lebih lama dan lebih panjang...
Apakah kita yakin usia kita lebih panjang daripada usia yang telah kita tinggalkan?
atau apakah kita terlalu yakin bahawa kita perlu sakit terlebih dahulu baru di matikan?
Jangan meyakini sesuatu yang anda sendiri meragukan kebenarannya...
Kerana yang dinamakan KEMATIAN itu tidak akan dipercepatkan walau seminit,
bahkan tidak pula akan ditangguhkan walau sesaat..
datangnya sentiasa TEPAT pada waktunya.
tanpa perlu dijemput ia PASTI mendatangi sesiapa pun yang dia inginkan atas kehendak ALLAH SWT..
Tidak perlu di seru, tidak perlu di puja, dan tidak perlu di minta.
Ia sudah di takdirkan untuk setiap manusia,
tidak kiralah dia seorang ISLAM, YAHUDI, KAFIR, mahupun NASRANI..
kesihatan tubuh badan tidak pernah menjadi jaminan untuk umur yang panjang!
kekayaaan dan kemiskinan harta benda bukan penentu azab atau nikmat kubur yang bakal di rasa,
kesibukan atau kelapangan bukan penghalang untuk KEMATIAN tiba,
muda atau tua bukan pengukur jangka hayat manusia...
jadi apa alasan kita untuk terus bersenang lenang tanpa iman?
ke sana ke mari tanpa tujuan amal,
berterusan melakukan dosa dan maksiat,
apakah kita yakin bahawa segala kebaikan akan mendapat ganjaran?
betapa ruginya orang yang menyombong diri di atas muka bumi ini,
mereka lupa bahawa tanah tempat mereka berpijak akan menghimpitnya suatu hari nanti!
dan beruntunglah mereka yang senantiasa berpesan-pesan kearah kebaikan..
yang merasa mati semakin dekat, lalu berusaha keras mencari REDHA Allah SWT..
merasa setiap detik perlu diisi dengan kesedaran untuk bertaubat...
kesedaran untuk meminta ampun kepada Tuhan,
merasa diri sentiasa diperhatikan MALAIKAT MAUT,
yang mengintai masa untuk memisahkan nyawa dari jasad...
Ya, ALLAH!!!
aku takut pada kemurkaanMU!
aku takut pada siksaMU!
Ya, Rabbul Izzati...
Aku mohon padaMu...
Janganlah Kau matikan aku dalam keadaan berbuat dosa padaMU...
Jangan KAu cabut nikmat iman di hatiku...
Aku memohon padaMU,
Lindungilah aku dari azab siksa kuburMU...
Jadikanlah aku hamba yang mendapat ampunan dariMu..... (T_T)

NiLaI TuDuNG WaNiTa ^_^
Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Labels:
Agamaku perjuanganku,
UkHWaH ~
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
Sunday, 30 October 2011
sAmPaiKaN PaDa Dia.....
Sampaikan padanya, bahawa aku memohon maaf andai aku punya silap yang aku tidak sedar melakukannya…
Sampaikan padanya, kerana lidahku sudah kelu menegurnya…
Betapa luka perasaan bila aku berusaha menegur dan menyapa tapi hanya dibalas dengan kata2 ala kadar darinya…
Aku cuba mendekatinya, namun memandang wajahku pun seakan dia tidak mampu melakukannya…
Kenapa semua menjadi tiba2 seperti ini?
Apakah aku telah melakukan kesilapan yang membuatkan hatinya dan matanya jijik benar melihatku…
Mengapa dia buat aku seperti tidak wujud di dunianya?
Betapa aku rindukan musim indah persahabatan kami…
Aku benar2 kehabisan kata untuk terus menerus mendekatinya…
Sampaikan padanya, bukan niatku untuk menjauhkan diri darinya…
Kerana aku juga insan biasa yang punya hati dan perasaan..
Aku juga wanita sepertinya yang punya emosi sedih dan kecewa…
Bukan niatku untuk tidak lagi memandangnya…
Cuma aku ingin dia lebih selesa jika aku tidak menegurnya…
Bukan kuambil keputusan untuk memutuskan persahabatan denganya…
Cuma… Aku tidak ingin dia terus memaki hamun ku didalam hati setiap kali aku berkata2 padanya…
Mungkin dengan cara itu, dia akan mampu melalui hidupnya dengan lebih baik…
Andai persahabatan ini harus ku akhiri, biarlah hanya kematian memisahkan kita…
Andai perpisahan itu engkau sukai, maka akulah sahabat yang sanggup pergi dahulu…
Mungkin dimatamu aku tidak pernah mengambil berat atau bertanya apa2 perihal hidupmu..
Namun, dalam setiap sujudku, sentiasa terselit sedikit doa buatmu…
Mungkin aku tidak seperti sahabat mu yang lain, yang sentisa sudi berkongsi suka dan duka bersamamu…
Namun, akulah sahabat yang sentiasa menjadikan doa sebagai senjata untuk membentengimu dari segala duka dan kesesatan dunia…
Aku tidak mampu mengungkapkan semua ini padamu, kerana aku tahu jiwamu ..
Aku tahu betapa kau selalu menganggap orang sepertiku berpura2 dalam menyampaikan kebaikan…
aku juga insan sepertimu…
yang sering melakukan kesilapan…
Biar kita sama2 memperbetulkan kekhilafan diri, agar kita sama2 menempuh hidup dibawa redha Illahi….
sahabat mu yang kau tinggalkan, (T_T)
![]() |
| ~ukhwah antara kita~ |
Labels:
UkHWaH ~
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
BerSaMa TeMan.... ^_^
Hari ini, ana hanya menghabiskan masa di rumah melayan filem2 baru. hehe... salah satu hobi ana selain membaca adalah menonoton filem. tak kiralah melayu, cina, inggeris dan yang paling ana suka semestinya cerita korea. hikhik. ntah lah sejak bila minat melayan filem korea nie. tapi yang pastinya kalau boleh nak buat koleksi filem korea. kesampaian atau tak matlamat ana ini, biarlah masa yang tentukan semuanya. uiseh.. bagi ana menonton nie bukan sekadar nak melayan mata mahupun mengisi masa. tetapi menonton jugak akan membantu kita membuka mata dan minda supaya lebih mudah memahami konsep kehidupan manusia. wah, macam ahli falsafah lah pulak. tak salah rasanya kalau hanya berkongsi pendapat kan?
bersama teman? eya, bersama teman selepas saja menunaikan solat maghrib ana menemaninya ke PC Fair untuk membeli laptop.. hah, nak tahu berapa harganya? RM999. ana sendiri terkejut dengan harga 2. sebab bagi ana harganya agak murah. dah rezeki dia untuk dapat laptop murah. Alhamdulillah... harap - harap nanti kemudahan yang dah ada tu dapatlah sedikit sebanyak digunakan untuk medan dakwah. Rasulullah pernah bersabda, sampaikanlah pesan ku walau pun hanya sepotong ayat. maksudnya, berdakwahlah walau pun hanya sedikit sahaja yang mampu disampaikan. dan jangan sekali - kali beranggapan yang berdakwah itu hanya boleh dilakukan oleh orang - orang warak sahaja. kerana konsep dakwah itu menyeluruh. selagi kita ini bernama muslim, selagi itulah berdakwah itu adalah tanggungjawab kita.
Semoga kita sama- sama diberi kekuatan supaya mampu menyebarkan islam serta mengembangkannya ke mana sahaja.
Erm, sampai sini dulu topik untuk kali ini. semoga diberi kesempatan di lain hari pula untuk terus mencoret d blog ini. InsyaAllah...
![]() |
| aja2 Fighting!! |
Labels:
UkHWaH ~
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
Saturday, 29 October 2011
LuaHan RaSa ^_^
Bertemu lagi dalam blog ana.. tiada apa yang menarik ingin dikongsikan. hanya luahan rasa yang serba sedikit untuk dijadikan tatapan para pengunjung..
Waktu terus berlalu. meninggalkan hari - hari semalam. Dan tidak mungkin berulang kembali. sudah hampir 4 minggu ana bekerja di tempat baru. Dan setakat ini, ana masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan tugas - tugas ana di situ. Ntahlah.. Sama ada ana yang bermasalah atau sememamngnya jiwa ana belum betul - betul lekat lagi dengan kerja baru tersebut.
Suasana baru membuat kan ana terlalu santai dan seolah - olah tiada apa yang perlu dibuat. Just tunggu telefon berdering kemudian sambut dan ambil order. hmm... dan sampaikan ana berpeluang membaca dekat 4 buah novel sepanjang bekerja disitu. Alhamdulillah kerana disamping bersantai, ana tidak melepaskan peluang untuk menimba sedikit ilmu dan mengisi masa dengan membaca.
Bersyukur sangat - sangat sebab masa santai yang ada dapat di isi dengan sesuatu yang berguna. Nampaknya, minat membaca ana menjadi penyelamat kali ini. ^_^ Ana baru sahaja habis mengkhatam novel karya anita aruszi A.K.A Mazni Anita yang bertajuk Sayangku Casper. cerita yang menarik. karyanya yang berlatar belakang kan Paris membuat ana turut melayarkan imaginasi merentasi laut untuk ikut sama menjelajahi Kota romantis itu.
terbayangkan keindahan kota tersebut membuatkan jiwa ana berbunga bahagia. seolah - olah ana berada di iffel tower bersama si dia yang tersayang.. mampukah ana ke sana eya? ana tidak punya jawapan untuk itu.Kerana bagi ana, melancong belum pernah lagi tercatat dalam sejarah hidup ini. Ana tidak bersedih. semoga Allah menggantikan itu dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah..
Okey lah... Ana pun dah penat menaip.. rasanya setakat ini dulu luahan ana . jika punya kesempatan di lain hari, ana akan mencoret lagi di dada blog ini... InsyaAllah...

| ~semoga percutian ana yang terakhir nanti adalah syurga ~ |
Labels:
UkHWaH ~
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
Friday, 28 October 2011
KaWaN, TeMaN & SaHaBaT ^_^
Jika ada yang bertanya padamu siapa aku, katakanlah aku adalah sahabat. Jika dia masih kurang yakin dengan jawapanmu, katakanlah kau mengenaliku…
Aku hanya insan biasa yang tak punya apa… hartaku tidak berlimpah.. wajahku tidak seindah bulan yang dipagari bintang.. kelilingku tidak punya kenalan yang ramai menemani..
Ingin ku karam dalam lautan nan luas.. Biarku bertemankan karang-karang yang bisu…
Biarkan aku bersindirian bersama tapak sulaiman yang sepi..
Aku lebih rela begitu, dari melihat mu yang tidak sudi memandangku..
Aku tidak meminta banyak dari hidupmu.. Cukuplah kau mengingatiku sebagai manusia yang pernah mendampingimu..
Kerana bagiku, persahabatan kita umpama talian hayat yang amat kunantikan sepanjang hidupku…
Tapi kini, aku kehilangan mu. Benarkah itu?? Atau kau yang kehilangan jejakku?
Aku masih terfikirkan satu hal yang tidak dapat kujawab oleh akal warasku..
Yang manakah lebih sakit.. yang ditinggalkan atau yang meninggalkan?
Aku pernah rasa sakitnya ditinggalkan…
Perih! Sungguh tiada yang mampu jadi ubatnya, hatta masa sekalipun..
Sakitnya umpama, tangan yang dikerat saat kau sedar.. seolah-olah urat-urat yang berada ditanganmu itu terputus satu persatu… dan saat tangan tersebut tercerai dari bahumu, sepertiga nyawamu turut melayang terbang di bawa angin lanina yang tak mungkin kau temui kembali..Sekuat manapun matamu kau pejam, kesakitan itu takkan berlalu sepantas kerdipan matamu yang kian lemah…
Ya… Aku ingin teriakkan rasa sakitku! Tapi, kata-kata ku ditimbus lahar bisa yang maha sakit di tekak. Membuatku seakan sukar bernafas.. Membuatku mendongak ke langit, lalu perlahan-lahan aku berbisik kepada Tuhan ‘ Redha lah aku ya, Allah’ …
Sahabat…
Segala riang dan gembira yang kita kongsi bersama amat indah buat manusia sekerdilku…
Masih terngiang-ngiang gelak ketawamu.. Terlalu indah.. Ibarat instrumal piano yang membuai rasa ku di saat aku inginkan ketenangan..
Di Matamu kulihat diriku,
Di jasadmu ku lihat semangatku…
Apakah kau merasa hal yang sama duhai kawan?
Aku mahfuz di dunia sementara ini,.Tapi tolong…Jangan hapus aku dari jiwa mu,ingatanmu dan doamu,.Iringi aku dengan doa kudus mu..Aku pergi tak mungkin kembali.. Aku akan merindukanmu… adakah kau juga akan merinduiku?
Ingin sekali aku membencimu… tapi hatiku tidak mampu berbuat begitu.. Kerana kebaikanmu terlalu banyak yang aku kenang… terbayang-bayang di pelupus mataku yang berat ini. Kebaikanmu, melebihi kesakitan yang kau wujudkan di dalam hatiku… Itu adalah sebab terbesar aku masih setia di sisimu, walau kau tidak lagi melihat kewujudanku…
Sahabatku,
Relakan pemergianku.. Perpisahan ini sedikit pun tidak akan memutuskan ikatan ukhuwah antara kita.. kerana ikatan ini kusimpul mati… telah ku simpan di dalam kalbu yang ku kunci… dan untuk pengetahuanmu, kuncinya telah ku lontar jauh ke dasar laut…
Jangan kau tanyakan di mana lautan itu, kerana aku akan buat- buat lupa supaya kau tidak akan menemui kuncinya kembali..
Kawanku,
Engkau kah itu?
Yang mendoakan kebaikanku di dunia dan akhirat?
Engkaukah itu?
Yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah, tatkala tubuhku sudah terbaring kaku?
Aduhai, sayu hatiku melihat air matamu yang berguguran..
Jangan menangis lagi…
Jangan kau siksa aku dengan air mata itu..
Aku tidak mungkin dapat menghapus air matamu lagi.
Bawalah sapu tangan bercorak cintaku padamu supaya air matamu itu tidak terus membasahi pipi mu yang pernah tersenyum buatku…
Sahabat,
Akhir kata dariku. Andai persahabatn ini terlerai jua… Aku doakan kau bertemu dengan sahabat, teman, mahupun kawan yang lebih baik dariku. Kerana aku hanya seorang yang biasa tetapi impianku terlalu tinggi hingga menjulang angkasa raya .. aku ingin menjadi teman yang luar biasa buatmu… yang mampu mencapai jarimu saat kau kehabisan daya untuk bangun dari terus berjuang di jalanmu.. aku ingin menjadi bahu yang tegar memikul beban duka yang tidak tertanggung di pundakmu.. terima kasih padamu kerana sudi menjadi teman buat ku. Semoga kau bahagia di samping sahabat barumu….
![]() |
| ~JaNGaN LuPa AkU~ |
Labels:
UkHWaH ~
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)