Friday 29 November 2013

6 perkara Allah sembunyikan ^_^

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW 
 
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."  
Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  
Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."  
Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  
Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  
Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  
Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."  

SEMAKIN TENAT
  Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  
Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  
Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  
Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  
Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  
Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  
Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  
Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."  
Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  
Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  
Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  
Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  
Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  
Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  

KETIKA SAKARATUL MAUT:  
Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  
Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  
Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  
Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  
Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  
Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  
Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  
Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.  
Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  
Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  
Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  

KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"  
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:   "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."  
Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.  
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."   S
etelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.  

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)




Tuesday 2 April 2013

Langkah Kaki ini

Telah jauh kaki ini melangkah ... sejauh umur yang telah dilewati. Masih saja terus tercari - cari makna sebenar langkah itu di atur.. Kadang ia laju bertenaga... sesekali ia lambat umpama kehilangan segala kekuatan... kadang ia bersahaja... dan kali ini langkah itu seolah hilang irama ...

Dari jauh aku menoleh kebelakangan ... melihat jalan yang sudah tinggal kenangan... aku tersenyum... melihat rona - rona indah yang pernah dilalui... dan kemudian hati ini menjadi hiba saat terpandang sisi dosa yang telah berbekas di sana... lantas air mata ini menitis.... ternyata... ternyata... walaupun dengan sepenuh udara kuhembuskan padanya , ia tidak hilang begitu sahaja... hati ku menjadi takut ... apakah .... apakah dosa itu kekal begitu? apakah aku akan diampunkan? apakah taubat ku mampu menghilangkan debu-debu dosa itu??

Ya, Rabbi Jalallah .... Ampuni hamba ...terima taubat ini ... meski aku tahu dosa -dosa ku umpama pasir di pantai ... Namun aku tidak akan berputus harap dari rahmatMu ....

Wednesday 23 January 2013

Anda Tahu Islam Anda Bermasalah Bila ..^_^


"...Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al Qur’an atau Jihad adalah melalui CNN.. atau hanya di kaca tv…

…bila semua perbualan anda dengan kawan2 hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/ perempuan anda atau movies, atau lelaki/wanita dalam movies sahaja…atau banyak tentang artis…

…anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/ di night club pada bulan Ramadhan dari berada di masjid..

…anda mempunyai masa untuk menonton 3 movies seminggu tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya.

…bahawa terjemahan al Qur’an anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.

…anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.

…anda tak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam.. sesuatu yang anda tak faham tentang Islam.

…anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.

… merasa perasaan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja.. anda tidak merasa gerun.

…anda masih bersedia untuk menerima panggilan telefon pada pukul 2 a.m.

…anda sekadar memberi harapan untuk memasuki syurga tetapi tidak betul2 bersungguh dengan amalan yang anda telah lakukan… sekadar mengharap kasih sayang Allah..

…bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berfantasi.. dan berkata “aku harap..”

…anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tak rasa bahagia jauh di sudut hati.. dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).

…bila ada kejadian buruk atau sedih anda merasa sangat seorang diri..tiada tempat untuk mengadu.. anda tidak merasa Allah bersama anda..

…anda tidak mengingati Rasulullah saw sekurang-kurang sekali sehari.. berselawat kepadanya.

…rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.

…bila anda mendengar seseorang Muslim di negara lain meninggal, anda merasakan ianya sebahagian dari politik.. dan anda tak merasa apa-apa..

…kawan yang paling baik dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukan isteri atau suaminya…

…anda tidak ada motivasi dalam diri untuk menukar cara hidup anda kepada yang lebih baik..

…bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata “ inilah diri saya.. jangan campur urusan saya..”

…apabila mendengar al-Quran, anda tidak rasa bersalah dan tak rasa apa-apa..

…anda tidak pernah ambil kisah samaada anda masuk syurga atau neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini.. dan anda bersikap sambil lewa.

…anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh professor Philosophy anda di kelas… walaupun kadang2 bertentangan dengan prinsip Islam..

…anda ingin menjelajah seluruh dunia satu hari, tapi Mekah tidak termasuk salah satu dari tempatnya…

…keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda..

…anda membaca horoskop dan mempercayainya tetapi tidak pernah melakukan solat istikharah..

…anda tidak pernah merasa menyesal atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.

…pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan orang Islam… dan anda membiarkan keadaan itu..

Tanyalah diri kita.. dan nilailah takat mana Islam kita…

…orang beriman… bila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka." 

Monday 21 January 2013

Travel Log IV ^_^

Kuteruskan langkah ku … mengatur satu demi satu … dan kubiarkan kaki ku tidak beralas lalu membiarkan pula kerikil kerikil jalanan melukakan tapak kakiku .. Di hati, seribu dosa lalu kubawa bersama .. Dengan penuh lara dan sakit yang teramat sangat ..PENYESALAN itu rupanya datang terlambat … di saat diri nekad kembali kepada jalanMU, ternyata … masa laluku tetap dihakimi ..


Pedih berbaur perit … tangisan ini sudah hilang puncanya …
Tangisan ini sudah tiada taranya …
Malam - malam ku terhias kelam dengan air mata ..
Kesedaran ku pada saat ini umpama jalan yang buntu …

Ya, Allah …. Ku tak layak untuk syurga Mu yang Maha indah itu ,
Namun, Ya Allah …. Aku tak sanggup ke Neraka Mu yang Maha Pedih siksa nya itu ..
Lalu, Aku harus bagaimana Ya, Tuhan ….

Aku Harus bagaimana…
Ya Tabarakallah …
Terkadang tangisan taubat ku serasa tiada ertinya ..
Dosa ku bukan secupak ..
Bukan sezarah…
Tapi sebanyak pepasir di pantai …
Sebanyak buih di lautan Mu  yang luas..

Aku sedar ya, Allah …
Teramat sedar status ku serupa apa di sisi Mu ..
Mulut ku kini terkunci untuk berkata - kata …

Ya, Allah … aku rasa tidak layak untuk menghirup embun rahmatMu ..
Ya, Allah …. Ampuni aku…
Hanya padaMu aku bermohon dan meminta …
Jika kau tidak Mengampuni ku…
Maka…. Pada siapa lagi aku harus berharap …

Betapa aku hina …
Tersangat hina ..
Tidak layak didampingi dan mendampingi …

Hati ini ya, Allah …
Sudah remuk bersulam dosa …
Sudah hitam dan gelap …
Apakah aku Engkau ampunkan?

Akulah hamba MU yang gagal itu ya, Allah ….



 Wallahu A'lam Bissawab
Innallaha Ma Ana 

Sunday 20 January 2013

Bersuara Atau Diam ^_^


Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.


Penerangan Hadis:

Mengenal Manusia

Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.

Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.

Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.

Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)


Tujuan Hidup

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)

Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan.


Riwayat: Sahih Muslim

Friday 18 January 2013

BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN ^_^


:: Ambillah sebagai pengajaran................. terkadang kita lupa diri kita sebenarnya.... apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain ::

*Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

*Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton wayang di panggung.

*Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

*Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan yang bacaannya lama dan panjang.

*Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

*Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.

*Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

*Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

*Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

*Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lawat e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berfikir dua kali.


Karya Rusydi Artz 


Wallahu'alam Bissawab 
Innallaha Ma Ana 
_Punshay_iis87 _

3 soalan dan 3 jawapan ^_^



Setiap manusia yang berakal akan bertanya kepada dirinya sendiri 3 soalan ini, tetapi tidak ada yang dapat menjawabnya kecuali Allah.

Soalan 1. Dari mana manusia datang??? (FROM)

Soalan 2. Mengapa kita didatangkan???(SUBJECT)

Soalan 3. Ke mana kita akan pergi???(TO)

Jawaban 1. Maksud dari surah as-Sajadah 7-9 "Allah mencipta tiap sesuatu dengan sebaiknya dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari saripati (iaitu) air yang tidak dipandang (hina). Kemudian Ia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ciptaanNya. Dan ia mengurniakan pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur, tapi amatlah sedikit kamu bersyukur"


Jawaban 2. Maksud surah adz-Zaariaat 51-56 "Dan (ingatlah) Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (sembahyang) dan beramal baik kepada Ku

Jawaban 3: Maksud surah al-Insyiqaaq (84-6) "Wahai manusia, sungguh engkau akan berpenat-lelah dengan segala tenagamu, hinggalah kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan atas apa yang kamu usahakan (sembahyang, amalan lain dan pekerjaan)


Wallahu'Alam Bissawab 
Innallaha Ma Ana 
_punshay IIs87_

^_^ sekadar gambar hiasan^_^ 









Wednesday 16 January 2013

TRaVeL LoG III ^_^


Kehidupan …. Satu titik mula bagi setiap insan .. Tidak kiralah berketurunan apa sekalipun ..
Dan setiap kehidupan itu , punya jalan sendiri yang harus diterokai.. Kadang ia bertembung dengan kehidupan insan lain. Dan kadang pula ia harus dilalui sendirian tanpa teman , tanpa sahabat, tanpa keluarga di sisi ..

Ana jua begitu … Dulu hidup ana senantiasa di hiasi dengan jutaan ragam sang sahabat dan keluarga .. Memberikan ana sebab untuk tersenyum mahupun menangis .. Suka mahupun duka.. Perasaan itu datang silih berganti, namun kadang hanya duka yang kian melekat di dinding - dinding kehidupan ana ..
Dan ana kini sedang melalui fasa sunyi nya hidup bermasyarakat ..
Pelik bukan? Bermasyarakat tapi sunyi  ..

Ana punya cara sendiri mentafsir hidup ini.. Dan hanya ana lah yang tahu serupa apa ana tafsirkan semua itu…  Maaf kalau entry ana kali ini agak pesimis.. Tapi inilah ana .. Ana lah manusia pesimis itu ..
Ana mampu menjadi sebab sahabat - sahabat ana bergelak tawa… Walau kadang hati ana begitu lebat dihujani tangisan duka… ana hanya ingin senyuman ini yang kelihatan di pancaindera mata mereka .. Ana tidak akan sekali - kali membiarkan duka ana menjadi sebab tangisan mereka di hadapan ana..

Ana selalu ada untuk dia … Namun kini, ana tak mampu lagi ada di sampingnya . Bukan ana tidak mahu mendampinginya lagi . Tapi hati ana ini terlalu berat untuk meninggalkannya seorang diri begitu.. Namun, tiada yang tahu serupa apa keterpaksaan ini ana lalui seorang diri.. Di sekeliling ana, mereka hanya melihat kesalahan ana.  An a harus bertanggungjawab atas semua yang telah berlaku . Aiwa … Ana sedia menanggungnya .. Walau mereka tidak tahu apa ana sanggup atau tidak memikul beban ini sendirian ..

Ana menangis sebenarnya … ana terkilan … ana tertekan  dan ana…. Ya , Allah … Ana menadah tangan ke hadrat Illahi … moga doa ana didengarnya … ana tersepit dalam masalah yang kian rakus melahap ketenangan yang dulunya milik ana … Dan ternyata , insan di sekeliling ana sudah tidak mampu lagi menjadi  ' Bahu ' untuk ana menumpahkan beban yang membuatkan hati ana hancur luluh sebegini ..

Sedarlah kalian … Ana sebenanya kian jauh mengemudi kapal kehidupan ana ini … semakin menjauhi kalian semua .. Dan suatu saat ana tidak akan kembali lagi walau di saat itu kalian bermati - matian menumpahkan air mata meminta ana kembali .. Aiwa! Saat itu jua sudah semakin menghampiri ana …

Cuma , ana tidak tahu bila detik itu akan tiba .. Ana sendiri tidak pasti  bila .. Ana juga ternanti - nanti dengan penuh amukan perasaan yang berbaur  … dan yang paling ketara adalah rasa TAKUT yang amat Hebat …

Hanya kepada Allah lah tempat ana kembali …




Wallahualam Bissawab ..
Laila Sa'idah fii hadzal Yaumi  ..
Innallaha ma' ana ..

Travel LoG II ^_^


Perjalanan ini ana teruskan dengan rasa berbaur  yang tiada wangi nya …Tanpa ingin menoleh kebelakangan lagi … melangkah ke hadapan dengan penuh hati - hati .. Ana masih gagal mengemudi hidup sendiri … Masih menjadi hamba yang hanya pada nama tanpa ibadah..  Sentiasa mengharap akan redha Allah SWT .. 

Ana hanya mampu tersenyum melihat dunia yang kian tua tanpa masa yang tidak akan berundur walau sedetik mahupun sesaat … Dunia yang makin di penuhi dengan serakah manusia yang mngejarnya … Sungguh malang mereka mempersiapkan dunia dengan seindahnya, padahal dunia ini akan musnah suatu hari nanti ..

Sungguh ana sendiri gagal mengerti keinginan manusia di sekeliling ana .. Ana bukan ahli falsafah yang selalu ingin mengkaji epik hidup manusia dari zaman Adam A.S hingga sekarang , kerana fitrah manusia itu bagi ana tetap sama … tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah dimiliki .. Malah sering melampaui batas dalam mengejar kebendaan dunia …

Ana ingin lari dari hidup yang sedemikian … tidak ingin menjadi hamba dunia yang sentiasa memperhambakan manusia yang taksub pada nya .. Jika diberi pilihan, ana ingin hidup dalam keadaan yang serba kekurangan tanpa kemudahan … kenyataan ini pasti ramai yang akan mentertawakannya … mana mungkin seorang manusia mampu hidup tanpa kemudahan .. Benar … tiada salahnya hidup dikelilingi kemudahan … tapi jangan sampai ketiadaan kemudahan itu membuat seluruh rutin kita terhenti dan tidak tahu seperti apa harus ia diteruskan …

Contohnya sangat mudah … andai kita tidak mempunyai  penanak nasi elektrik, adakah kita akan berhenti untuk memasak nasi dan membiarkan perut berkeroncong kelaparan? Sedangkan kita masih mempunyai alternatif lain untuk menanak nasi tersebut, dengan cara memasaknya menggunakan dapur api …

Ana kini juga masih hidup dikelilingi dengan kemudahan-kemudahan yang boleh ana gunakan untuk tujuan kebaikan .. Memanfaatkannya sebaik mungkin . Alhamdulillah … Ana hanya ingin menjadi hamba yang  bersyukur … hidup dengan seadanya dan sabar dalam mengendalikan hidup yang kian sampai ke penghujungnya ..

Umur kita sebagai manusia ini amat terbatas dan ada kadar waktunya … dan tidak semestinya akan melalui hari tua baru melalui alam barzakh … sungguh ana khuatir jika ana tidak melalui hidup ini dengan sebaiknya … Hingga nanti dipersoalkan oleh Allah SWT ke mana usia muda ana , ana gunakan  …

Pada waktu itu tiba, Allah tidak akan bertanya kenapa dakwah mu tidak berjaya atau gagal, tapi Allah swt akan bertanya kenapa tidak berusaha menyebarkan islam? Dan ana ingin bila waktu itu tiba ana punya jawapan yang tepat dan meyakinkan kepada Allah SWT … pada saat itu juga , hanya amal ibadah lah yang akan menjawab semua persoalan Nya …

Ya, Allah … PadaMu ana bermohon  beri ana kesempatan untuk terus berbakti kepada agamaMU …
Semoga Engkau redha ya Allah….



Wallahualam Bisawab …
Innallaha man ana …