Perjalanan ini ana teruskan dengan rasa berbaur yang tiada wangi nya …Tanpa ingin menoleh
kebelakangan lagi … melangkah ke hadapan dengan penuh hati - hati .. Ana masih
gagal mengemudi hidup sendiri … Masih menjadi hamba yang hanya pada nama tanpa
ibadah.. Sentiasa mengharap akan redha
Allah SWT ..
Ana hanya mampu tersenyum melihat dunia yang kian tua tanpa
masa yang tidak akan berundur walau sedetik mahupun sesaat … Dunia yang makin
di penuhi dengan serakah manusia yang mngejarnya … Sungguh malang mereka
mempersiapkan dunia dengan seindahnya, padahal dunia ini akan musnah suatu hari
nanti ..
Sungguh ana sendiri gagal mengerti keinginan manusia di
sekeliling ana .. Ana bukan ahli falsafah yang selalu ingin mengkaji epik hidup
manusia dari zaman Adam A.S hingga sekarang , kerana fitrah manusia itu bagi
ana tetap sama … tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah dimiliki ..
Malah sering melampaui batas dalam mengejar kebendaan dunia …
Ana ingin lari dari hidup yang sedemikian … tidak ingin
menjadi hamba dunia yang sentiasa memperhambakan manusia yang taksub pada nya
.. Jika diberi pilihan, ana ingin hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
tanpa kemudahan … kenyataan ini pasti ramai yang akan mentertawakannya … mana
mungkin seorang manusia mampu hidup tanpa kemudahan .. Benar … tiada salahnya
hidup dikelilingi kemudahan … tapi jangan sampai ketiadaan kemudahan itu
membuat seluruh rutin kita terhenti dan tidak tahu seperti apa harus ia
diteruskan …
Contohnya sangat mudah … andai kita tidak mempunyai penanak nasi elektrik, adakah kita akan
berhenti untuk memasak nasi dan membiarkan perut berkeroncong kelaparan?
Sedangkan kita masih mempunyai alternatif lain untuk menanak nasi tersebut,
dengan cara memasaknya menggunakan dapur api …
Ana kini juga masih hidup dikelilingi dengan
kemudahan-kemudahan yang boleh ana gunakan untuk tujuan kebaikan ..
Memanfaatkannya sebaik mungkin . Alhamdulillah … Ana hanya ingin menjadi hamba
yang bersyukur … hidup dengan seadanya
dan sabar dalam mengendalikan hidup yang kian sampai ke penghujungnya ..
Umur kita sebagai manusia ini amat terbatas dan ada kadar
waktunya … dan tidak semestinya akan melalui hari tua baru melalui alam barzakh
… sungguh ana khuatir jika ana tidak melalui hidup ini dengan sebaiknya …
Hingga nanti dipersoalkan oleh Allah SWT ke mana usia muda ana , ana
gunakan …
Pada waktu itu tiba, Allah tidak akan bertanya kenapa dakwah
mu tidak berjaya atau gagal, tapi Allah swt akan bertanya kenapa tidak berusaha
menyebarkan islam? Dan ana ingin bila waktu itu tiba ana punya jawapan yang
tepat dan meyakinkan kepada Allah SWT … pada saat itu juga , hanya amal ibadah
lah yang akan menjawab semua persoalan Nya …
Ya, Allah … PadaMu ana bermohon beri ana kesempatan untuk terus berbakti
kepada agamaMU …
Semoga Engkau redha ya Allah….
Wallahualam Bisawab …
Innallaha man ana …
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.