Di saat cinta Illahi
ingin kamu gapai, maka cintamu sesama manusia akan di duga .. Dan kadangkala
dugaanya itu mampu membuat mu terduduk, tersungkur bahkan seakan mengalah kepada ujian yang di
bingkiskan dari Allah SWT … Namun, sedarlah kamu.. Jangan sekali - kali
mengalah dengan ujian itu… Dan ingatlah , semakin hebat ujian Allah SWT padamu
maka semakin hampir dikau kepadaNya …
Wahai insan seluruh dunia… ingin ana khabarkan
disini, sebagai manusia malah sebagai hamba Allah SWT, jangan pernah anda
mengalah dengan dugaan … sentiasa kembali menadah tangan pada Illahi di saat
hati telah rapuh dan sembam dengan tangisan yang berpanjangan… pohonlah padaNya
sedikit kekuatan dari kekuatanNya yang banyak … Allah SWT itu sentiasa bersama
dengan hamba-hambanya yang sering meminta padaNya …
" Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada
Engkau kami memohon pertolongan"
(Q.S 1 Al - Fatihah : 5 )
Hanya kepada Allah
SWT kita bersujud dan menyembah dan kepadaNya sahajalah kita memohon
pertolongan ..
Dan kini, ana juga
sedang diuji… diuji dengan kehilangan nikmat dunia sedikit demi sedikit . Dan
ujian itu membuat hati ana menggelupur kesakitan… Ujian yang amat hebat dan sangat payah untuk
dihadapi .
Namun berbekalkan
segaris senyum di bibir, ana pamerkan pada semua yang melihat ana bahawa ana
siap dalam menghadapi ujian ini. Padahal, hati ana sudah menangis tidak
berlagu. Hati ana sudah retak menanti belah … dan perasaan ana sudah mencapai tahap kosong dalam meter kegembiraan .
Tiada niat untuk
bersembunyi di sebalik senyuman. Cuma ana ingin muhasabah dalam bergembira dan
bersenang lenang . Dan kini ana amat sedar bahawa kegembiraan itu tidak akan
berpanjangan tapi bermusim… dan setelah musim gembira itu habis maka musim
luruh kesedihan megah mengepakkan sayap - sayap nya … dan setelah musim itu
pergi maka musim dingin bernostalgia pula bangga mengepung udara …
Semuanya berkitaran
pada paksi tersendiri. Penuh seni hasil karya Maha Agung Allah SWT… Dan Allah
lah sebaik - baik pencipta ..
" Dialah yang mencipta 7 petala langit yang berlapis -
lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan
Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,Adakah kamu lihat sesuatu yang
cacat?"
(Q.S 67 Al -Mulk : 4
)
Wallahualam Bisawab
..
Shobahan Nur
Innallaha Ma' Ana
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.