Wednesday, 20 August 2014

Baby Ahda yang sedang tidur ~_~
Asslamualaikum para pembaca semua....
Alhamdulillah hari ini Allah berikan kelapangan pada ana untuk terus mencoret sedikit coretan pada blog ana yang baru sahaja dibersihkan sawangny... hehe..
Sedang leka melayan mukabuku, terbaca satu artikel tulisan ebit lew, yang dikongsikan dari sahabat ana tentang ibu... tentang Rasa tersisih seorang anak terhadap ibunya... erm... tulusly, ana jugak pernah rasa begitu, almaklumlah anak perempuan nie kadang kadang emosi lebih sikit berbanding anak lelaki... heee ... tapi selepas baca artikel tu rasa sebak pun ada...benar... ibu mana yang tak sayang ana... cuma kadang kadang ibu jua terlepas pandang dalam mempamerkan kasih sayang antara anak lelaki dan perempuan... Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa hendaklah ibu atau ayah lebih menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak perempuan... mula mula tak faham jugak kenapa rasulullah saw bersabda demikian... rupanya baru ana mengerti bahawa anak anak perempuan ini lebih beremosi berbanding anak lelaki, maka harus ibu atau ayah lebih menunjukkan rasa kepada mereka supaya mereka rasa tak tersisih... wallahualam... ini hanya buah fikiran ana...
 Dan....
 Jeng jeng jeng.. heee semenjak dah jadi ibu nie, rasa sayang kepad ibu ternyata semakin kuat ... alhamdulillah... semoga Allah swt kekalkan perasaan ana ini... insyaAllah...
Okey! Sekian dulu coretan ana untuk kali ini, moga kita dipertemukan lagi dilembaran berikut ny....

Tuesday, 12 August 2014

kembali bernadi

Assalamualaikum ....
Semoga sahabiah sekalian berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya... hampir setahun lalu saya menyepi dari blog ini... sibuk menguruskan hal-hal kehidupan yang pada ketika ini saya sudah pun bergelar isteri dan ibu ... begitu pantas masa berlalu ... sedar tidak sedar kini saya sudah pun mempunyai keluarga sendiri... banyak hal yang berlaku dalam hidup ini ... dipenuhi dengan suka dan duka sebagai insan dan sebagai hambaNya ... yang suatu saat nanti akan ditanyakan semula kepada kita akan tanggungjawab kita dalam menjaga amanah-amanahNya ...
Perbanyakkan zikir dan doa... semoga di akhirat nanti kita tergolong dalam golongan yang terselamat dari fitnah ... insyaAllah ...

Sekian dulu catatan warm up saya untuk kali ini... insyaAllah kita akan bertemu di entry yang berikutnya...