Wednesday, 23 January 2013

Anda Tahu Islam Anda Bermasalah Bila ..^_^


"...Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al Qur’an atau Jihad adalah melalui CNN.. atau hanya di kaca tv…

…bila semua perbualan anda dengan kawan2 hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/ perempuan anda atau movies, atau lelaki/wanita dalam movies sahaja…atau banyak tentang artis…

…anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/ di night club pada bulan Ramadhan dari berada di masjid..

…anda mempunyai masa untuk menonton 3 movies seminggu tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya.

…bahawa terjemahan al Qur’an anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.

…anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.

…anda tak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam.. sesuatu yang anda tak faham tentang Islam.

…anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.

… merasa perasaan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja.. anda tidak merasa gerun.

…anda masih bersedia untuk menerima panggilan telefon pada pukul 2 a.m.

…anda sekadar memberi harapan untuk memasuki syurga tetapi tidak betul2 bersungguh dengan amalan yang anda telah lakukan… sekadar mengharap kasih sayang Allah..

…bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berfantasi.. dan berkata “aku harap..”

…anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tak rasa bahagia jauh di sudut hati.. dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).

…bila ada kejadian buruk atau sedih anda merasa sangat seorang diri..tiada tempat untuk mengadu.. anda tidak merasa Allah bersama anda..

…anda tidak mengingati Rasulullah saw sekurang-kurang sekali sehari.. berselawat kepadanya.

…rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.

…bila anda mendengar seseorang Muslim di negara lain meninggal, anda merasakan ianya sebahagian dari politik.. dan anda tak merasa apa-apa..

…kawan yang paling baik dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukan isteri atau suaminya…

…anda tidak ada motivasi dalam diri untuk menukar cara hidup anda kepada yang lebih baik..

…bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata “ inilah diri saya.. jangan campur urusan saya..”

…apabila mendengar al-Quran, anda tidak rasa bersalah dan tak rasa apa-apa..

…anda tidak pernah ambil kisah samaada anda masuk syurga atau neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini.. dan anda bersikap sambil lewa.

…anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh professor Philosophy anda di kelas… walaupun kadang2 bertentangan dengan prinsip Islam..

…anda ingin menjelajah seluruh dunia satu hari, tapi Mekah tidak termasuk salah satu dari tempatnya…

…keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda..

…anda membaca horoskop dan mempercayainya tetapi tidak pernah melakukan solat istikharah..

…anda tidak pernah merasa menyesal atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.

…pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan orang Islam… dan anda membiarkan keadaan itu..

Tanyalah diri kita.. dan nilailah takat mana Islam kita…

…orang beriman… bila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka." 

Monday, 21 January 2013

Travel Log IV ^_^

Kuteruskan langkah ku … mengatur satu demi satu … dan kubiarkan kaki ku tidak beralas lalu membiarkan pula kerikil kerikil jalanan melukakan tapak kakiku .. Di hati, seribu dosa lalu kubawa bersama .. Dengan penuh lara dan sakit yang teramat sangat ..PENYESALAN itu rupanya datang terlambat … di saat diri nekad kembali kepada jalanMU, ternyata … masa laluku tetap dihakimi ..


Pedih berbaur perit … tangisan ini sudah hilang puncanya …
Tangisan ini sudah tiada taranya …
Malam - malam ku terhias kelam dengan air mata ..
Kesedaran ku pada saat ini umpama jalan yang buntu …

Ya, Allah …. Ku tak layak untuk syurga Mu yang Maha indah itu ,
Namun, Ya Allah …. Aku tak sanggup ke Neraka Mu yang Maha Pedih siksa nya itu ..
Lalu, Aku harus bagaimana Ya, Tuhan ….

Aku Harus bagaimana…
Ya Tabarakallah …
Terkadang tangisan taubat ku serasa tiada ertinya ..
Dosa ku bukan secupak ..
Bukan sezarah…
Tapi sebanyak pepasir di pantai …
Sebanyak buih di lautan Mu  yang luas..

Aku sedar ya, Allah …
Teramat sedar status ku serupa apa di sisi Mu ..
Mulut ku kini terkunci untuk berkata - kata …

Ya, Allah … aku rasa tidak layak untuk menghirup embun rahmatMu ..
Ya, Allah …. Ampuni aku…
Hanya padaMu aku bermohon dan meminta …
Jika kau tidak Mengampuni ku…
Maka…. Pada siapa lagi aku harus berharap …

Betapa aku hina …
Tersangat hina ..
Tidak layak didampingi dan mendampingi …

Hati ini ya, Allah …
Sudah remuk bersulam dosa …
Sudah hitam dan gelap …
Apakah aku Engkau ampunkan?

Akulah hamba MU yang gagal itu ya, Allah ….



 Wallahu A'lam Bissawab
Innallaha Ma Ana 

Sunday, 20 January 2013

Bersuara Atau Diam ^_^


Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.


Penerangan Hadis:

Mengenal Manusia

Allah SWT memiliki suatu sifat dan akhlaq yang sebenarnya amat akrab dengan kehidupan manusia. Iaitu mustahil bagi Nya berbuat perkara yang sia-sia, tanpa tujuan, ataupun mengandungi kesalahan. Kalaupun ada penciptaan atau kejadian yang tampak kejam, ia hanyalah bersifat sementara.

Ertinya, jika dilihat dan diteliti, akhirnya ia akan membuktikan bahawa dibalik kejadian itu semua ternyata mengandung nilai-nilai kebenaran. Dan dalam hal ini, manusia memang harus banyak melihat sejarah hidupnya secara peribadi mahupun sejarah kemanusiaan itu sendiri, tujuan ia diciptakan, ke mana destinasinya dan sebagainya.

Akhlaq tersebut amat akrab dengan kita kerana ia tercermin kemanapun kita melihat. Pantulannya boleh dilihat kepada sesiapa yang ingin melihat. Sulit bagi kita untuk menyebutkan suatu makhluq atau kejadian alam yang diciptakan tanpa ada gunanya.

Seolah semua menyiratkan bahawa Allah SWT menciptakan ini untuk sebuah tujuan. Bukan sekadar permainan tanpa arah. Firman Nya:

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan mengandungi kesalahan. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (38: 27)


Tujuan Hidup

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di al-Quran. Firman Nya:

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka memiliki ilmu sehingga mereka tahu bahwa itu adalah al-haq dari Rabb mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” (2: 26)

Tetapi kenapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita senantiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Lebih baik diam dari mengomen perkara yang kita tidak tahu. Tidaklah nanti dikata orang, hanya berani dibelakang, tetapi bila diajak bermuzakarah, berdiskusi, batang hidung pun tidak kelihatan.


Riwayat: Sahih Muslim