Friday, 7 December 2012

Travel Log 1 ^_^


Di saat cinta Illahi ingin kamu gapai, maka cintamu sesama manusia akan di duga .. Dan kadangkala dugaanya itu mampu membuat mu terduduk, tersungkur  bahkan seakan mengalah kepada ujian yang di bingkiskan dari Allah SWT … Namun, sedarlah kamu.. Jangan sekali - kali mengalah dengan ujian itu… Dan ingatlah , semakin hebat ujian Allah SWT padamu maka semakin hampir dikau kepadaNya …

Wahai  insan seluruh dunia… ingin ana khabarkan disini, sebagai manusia malah sebagai hamba Allah SWT, jangan pernah anda mengalah dengan dugaan … sentiasa kembali menadah tangan pada Illahi di saat hati telah rapuh dan sembam dengan tangisan yang berpanjangan… pohonlah padaNya sedikit kekuatan dari kekuatanNya yang banyak … Allah SWT itu sentiasa bersama dengan hamba-hambanya yang sering meminta padaNya …

" Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan"
(Q.S 1  Al - Fatihah : 5 )

Hanya kepada Allah SWT kita bersujud dan menyembah dan kepadaNya sahajalah kita memohon pertolongan ..

Dan kini, ana juga sedang diuji… diuji dengan kehilangan nikmat dunia sedikit demi sedikit . Dan ujian itu membuat hati ana menggelupur kesakitan…  Ujian yang amat hebat dan sangat payah untuk dihadapi .
Namun berbekalkan segaris senyum di bibir, ana pamerkan pada semua yang melihat ana bahawa ana siap dalam menghadapi ujian ini. Padahal, hati ana sudah menangis tidak berlagu. Hati ana sudah retak menanti belah … dan perasaan ana sudah mencapai  tahap kosong dalam meter kegembiraan .

Tiada niat untuk bersembunyi di sebalik senyuman. Cuma ana ingin muhasabah dalam bergembira dan bersenang lenang . Dan kini ana amat sedar bahawa kegembiraan itu tidak akan berpanjangan tapi bermusim… dan setelah musim gembira itu habis maka musim luruh kesedihan megah mengepakkan sayap - sayap nya … dan setelah musim itu pergi maka musim dingin bernostalgia pula bangga mengepung udara …

Semuanya berkitaran pada paksi tersendiri. Penuh seni hasil karya Maha Agung Allah SWT… Dan Allah lah sebaik - baik pencipta .. 

" Dialah yang mencipta 7 petala langit yang berlapis - lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,Adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?"
(Q.S 67 Al -Mulk : 4 )

Wallahualam Bisawab ..
Shobahan Nur
Innallaha Ma' Ana

Tuesday, 27 November 2012

Kerana REDHA @ BALASAN? ^_^

Seandainya dibilang detik yang berlalu .. Pastilah letih jari bertasbih.. Masa yang pergi umpama hari yang berganti. Tidak dapat diundur mahupun dipercepat.. Maka atas dasar apa kita masih yakin bahawa yang patah pasti tumbuh kembali dan yang hilang pasti berganti? Berpeganglah pada paksi iman. Bertunjanglah dengan Al-Qur'an.. Dan , Beriktikadlah dengan kalimah LAA ILA HAA ILALLAH .. Sering-seringlah Hadis Rasulullah SAW itu dibaca. Agar iman tetap mantap. Meski serasa rapuh tika diduga. Carilah kekuatan dalam diri untuk menegakkan kebenaran. Dan JANGANLAH sesekali mendiamkan KEBENARAN untuk kepentingan DUNIA yang sekadar persinggahan bagi segenap makhluk yang berada di atasnya.. 

Pesan ana hamba yang dhaif.. Selalulah berbuat sesuatu kerana mencari REDHA Illahi.. BUKAN sekadar berharap SYURGA dan takut pada NERAKA- Nya .. Dan, Ingatlah!! Bukan amal ibadah mu yang menentukan syurga dan neraka BALASAN mu kelak , tetapi semua itu bergantung dengan REDHA Allah SWT kepadamu... Maka perbanyakkanlah berMUHASABAH diri. Dan tanamkanlah rasa IKHLAS dalam hati. 

Semoga kita sama - sama mampu meraih Redha Illahi ... InsyaAllah ...

Wallahualam ... Amiin ... 

Tuesday, 20 November 2012

jangan disalahkan .....

tidak perlu ana salahkan senyuman andai pedih untuk mengukirnya.. Dan tidak perlu ana salahkan tangisan andai hati ini bernada sendu... tiada gunanya mengadu andai rintihan itu hanya ana yang tahu separah apa ia terasa..
Ini silap ana dan ana akui itu.. Ana seharusnya berhenti harap pada manusia.. terus - terusan mengharap rahmat Allah swt...
Ana hamba yang gagal ini merasa malu padaNya... Malu yang teramat tebal kerana selalu menyalahgunakan nikmat kurniaNya .........