''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah
dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:
"Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah
Siti Aishah r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya,
lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua,
semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku
berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah
sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap
Allah."
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami
jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan
di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya
Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan
pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke
Arsyila."
Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan
baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Salah seorang ahli bait."
Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda
ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian
Yamaniyah."
Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di
antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah
mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku,
maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang
kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama
mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil
kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang
mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang
wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
SEMAKIN TENAT
Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang
ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda,
sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit
baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah
selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah,
kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?"
Kemudian dia berkata lagi: "Assolah
yarhamukallah."
Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan
sakit."
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari
matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata
seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam
keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam
dalam solat."
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya
sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan
ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar
beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat
ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut,
dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia
pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga
terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang
bising itu?"
Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan
bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a.
Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.
Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:
"Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan
perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua,
setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah
SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari
pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam
dunia ini."
MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada
Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian
sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa
Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk,
maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia
tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT.
Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat
kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli
rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:
"Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan
sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:
"Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu
baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di
muka pintu itu?"
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda.
Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia
memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah
dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia
adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang
meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai
Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:
"Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya
Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah
sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya
akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana
engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit
dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s.
datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril,
tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
KETIKA SAKARATUL MAUT:
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku
wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit
telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut
rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi
Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga
telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah
mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan
rohmu."
Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur
untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah
untukku?"
Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk
tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari
kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan
syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang
khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa
sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku.
Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku?
Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan
sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul
Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk
baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga
bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih
dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah
hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah
yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku
adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril
akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw.
Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai
Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah
engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang
sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.: "Ketika aku lalu di depan pintu
rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:
Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang
keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai
orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang
yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya
Muaz bin Jabal r.a. telah berkata: "Rasulullah saw telah mengutusku
ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku
di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh
seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena
tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam
tanah?"
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:
"A'uzubillahi minasy syaitannir rajim." Lalu setelah
itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti
mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari
syaitan." Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar
sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul
lalu Muaz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya
saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi
yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf
kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka
nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati
dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar: ayat 30)
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah
dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang
berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh
telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau
dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke
belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang
bersyukur?" (Surah Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit
lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah.
Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:
"Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda,
anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri
yang tidak ada pengembala."
Kemudian dia berkata: "Aduhai, sedihnya berpisah
dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka.
Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota
Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang
mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa
pasti akan merasakan mati."
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz
bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah
saw?" Orang tersebut menjawab: "Wahai Muaz,
sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan
itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia
memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan
sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari
Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan
diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota
Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya
Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:
"Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya:
"Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis
dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy
r.a. lalu dia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal, sebutkanlah nama
Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang
pengsan." Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia
berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah
mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada
Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan
suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan
nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: "Demi ayah dan ibuku,
siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan
dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti
Aisyah r.a." S
etelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:
"Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."
Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: "Aisyah
sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke rumah
Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait."
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:
"Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu
tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih
Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi:
"Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan
Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar,
Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah saw
bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya
bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian
Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah
saw.
(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)