Friday, 7 December 2012

Travel Log 1 ^_^


Di saat cinta Illahi ingin kamu gapai, maka cintamu sesama manusia akan di duga .. Dan kadangkala dugaanya itu mampu membuat mu terduduk, tersungkur  bahkan seakan mengalah kepada ujian yang di bingkiskan dari Allah SWT … Namun, sedarlah kamu.. Jangan sekali - kali mengalah dengan ujian itu… Dan ingatlah , semakin hebat ujian Allah SWT padamu maka semakin hampir dikau kepadaNya …

Wahai  insan seluruh dunia… ingin ana khabarkan disini, sebagai manusia malah sebagai hamba Allah SWT, jangan pernah anda mengalah dengan dugaan … sentiasa kembali menadah tangan pada Illahi di saat hati telah rapuh dan sembam dengan tangisan yang berpanjangan… pohonlah padaNya sedikit kekuatan dari kekuatanNya yang banyak … Allah SWT itu sentiasa bersama dengan hamba-hambanya yang sering meminta padaNya …

" Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan"
(Q.S 1  Al - Fatihah : 5 )

Hanya kepada Allah SWT kita bersujud dan menyembah dan kepadaNya sahajalah kita memohon pertolongan ..

Dan kini, ana juga sedang diuji… diuji dengan kehilangan nikmat dunia sedikit demi sedikit . Dan ujian itu membuat hati ana menggelupur kesakitan…  Ujian yang amat hebat dan sangat payah untuk dihadapi .
Namun berbekalkan segaris senyum di bibir, ana pamerkan pada semua yang melihat ana bahawa ana siap dalam menghadapi ujian ini. Padahal, hati ana sudah menangis tidak berlagu. Hati ana sudah retak menanti belah … dan perasaan ana sudah mencapai  tahap kosong dalam meter kegembiraan .

Tiada niat untuk bersembunyi di sebalik senyuman. Cuma ana ingin muhasabah dalam bergembira dan bersenang lenang . Dan kini ana amat sedar bahawa kegembiraan itu tidak akan berpanjangan tapi bermusim… dan setelah musim gembira itu habis maka musim luruh kesedihan megah mengepakkan sayap - sayap nya … dan setelah musim itu pergi maka musim dingin bernostalgia pula bangga mengepung udara …

Semuanya berkitaran pada paksi tersendiri. Penuh seni hasil karya Maha Agung Allah SWT… Dan Allah lah sebaik - baik pencipta .. 

" Dialah yang mencipta 7 petala langit yang berlapis - lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi,Adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?"
(Q.S 67 Al -Mulk : 4 )

Wallahualam Bisawab ..
Shobahan Nur
Innallaha Ma' Ana

Tuesday, 27 November 2012

Kerana REDHA @ BALASAN? ^_^

Seandainya dibilang detik yang berlalu .. Pastilah letih jari bertasbih.. Masa yang pergi umpama hari yang berganti. Tidak dapat diundur mahupun dipercepat.. Maka atas dasar apa kita masih yakin bahawa yang patah pasti tumbuh kembali dan yang hilang pasti berganti? Berpeganglah pada paksi iman. Bertunjanglah dengan Al-Qur'an.. Dan , Beriktikadlah dengan kalimah LAA ILA HAA ILALLAH .. Sering-seringlah Hadis Rasulullah SAW itu dibaca. Agar iman tetap mantap. Meski serasa rapuh tika diduga. Carilah kekuatan dalam diri untuk menegakkan kebenaran. Dan JANGANLAH sesekali mendiamkan KEBENARAN untuk kepentingan DUNIA yang sekadar persinggahan bagi segenap makhluk yang berada di atasnya.. 

Pesan ana hamba yang dhaif.. Selalulah berbuat sesuatu kerana mencari REDHA Illahi.. BUKAN sekadar berharap SYURGA dan takut pada NERAKA- Nya .. Dan, Ingatlah!! Bukan amal ibadah mu yang menentukan syurga dan neraka BALASAN mu kelak , tetapi semua itu bergantung dengan REDHA Allah SWT kepadamu... Maka perbanyakkanlah berMUHASABAH diri. Dan tanamkanlah rasa IKHLAS dalam hati. 

Semoga kita sama - sama mampu meraih Redha Illahi ... InsyaAllah ...

Wallahualam ... Amiin ... 

Tuesday, 20 November 2012

jangan disalahkan .....

tidak perlu ana salahkan senyuman andai pedih untuk mengukirnya.. Dan tidak perlu ana salahkan tangisan andai hati ini bernada sendu... tiada gunanya mengadu andai rintihan itu hanya ana yang tahu separah apa ia terasa..
Ini silap ana dan ana akui itu.. Ana seharusnya berhenti harap pada manusia.. terus - terusan mengharap rahmat Allah swt...
Ana hamba yang gagal ini merasa malu padaNya... Malu yang teramat tebal kerana selalu menyalahgunakan nikmat kurniaNya .........

Saturday, 5 May 2012

Warkah Ukhti Berbau Setanggi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam Buat Junjungan Kekasi Kita Rasulullah SAW

Karya Pertama saya :: Dis Puspa Darwis::

:: Warkah Ukhti Berbau Setanggi ::

_________________________________________________________________________________
Tudung labuhnya berkibaran disapa angin. Sudah hampir sejam dia duduk di tepi tasik tersebut. Sampul surat bersaiz A3 didakap erat ke dada. Perasaannya berbaur. Takut,gembira dan sedih.. Takut menghadapi hakikat. Gembira kerana akan bakal bertemu. Dan, sedih kerana pertemuan tersebut bakal menuntut perpisahan. Lamunanya panjang melimpasi tasik buatan di hadapannya. 
'Assalamualaikum, akak', Dia kembali ke dunia tempat dia berteleku tadi. Bahunya disentuh lembut. Kepala dialih ke kanan. Senyuman disedekahkan. Terpamer di mata wajah lembut. selembut namanya ... Sayyidah Nafisah.. 
'Waalaikumussalam.. Bagaimana kuliah hari ini?', Senyuman masih bersisa .
'Alhamdulillah ... Bikhoir kak .. Ustazah Nur sampaikan tentang kisah ketaatan para sahabat Rasulullah SAW kepada Khalid kita Allah SWT', Sambungnya lalu duduk di sisi Zaudah. Ucapan Alhamdulillah membasahi bibir meski tiada kedengaran sepicing suara pun.
'Tadi akak dah ambil keputusan kesihatan akak kan? Jadi apa doktor cakap? Semua khoir kan kak?', Nada Nafisah sedikit serius berbaur risau. Senyuman Zaudah kembali mekar. lebih mekar dari yang pertama tadi. 
'Alhamdulillah... Semua baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan', Hakikatnya hatinya gementar...Namun tidak ingin diluahkan kepada sesiapa pun. Cukup Allah SWT menjadi tempat mengadunya. Bukan kepada manusia yang juga hambaNya .. 

^^ Tiga Bulan Berlalu^^ 

Dan seperti biasa tasik tersebut sekali lagi menerima kunjungan Zaudah.. Keadaan tetap sama seperti hari-hari kemarin. Tiada yang berubah. hanya cuaca agak redup tengah hari itu. Zaudah mendongak ke langit. Hatinya berbisik kalimah 'Subhanallah'. Dia kembali merenung tasik di depannya.
'Assalamualaikum, ukhti'.Allahurabbi!! Hatinya tersentak. Terkejut dengan suara ikhwan yang menyapanya. Suara yang amat dikenalinya. Jawapan salam hanya terukir dibibir tanpa suara. Tiada senyuman mahupun lirikan manja .
'Bagaimana? Ukhti sudah punya jawapannya?', Tanyanya lagi. Zaudah segera menyelongkar beg hitam miliknya. Lantas mengeluarkan sepucuk surat.
'Ukhti masih enggan berbicara dengan saya?', surat bertukar tangan. Mata Zaudah tidak beranjak memandang tasik yang terbentang di hadapannya. Wajah itu amat lokek dengan senyuman. walau hanya sebaris.
Zaudah lantas berdiri. Menyapu debu di baju kurungnya.Tanpa pamit terus berlalu pergi begitu sahaja. Ikhwan yang bernama Marwan hanya terpaku seolah-olah tidak percaya. Hatinya dipalu kesal dan marah. Sombong!! Bentak hatinya.
Dengan hati mendongkol Marwan berlalu pergi. Urghhh!! 

^^Sebulan Yang Lalu^^

Bagai terpanggil untuk lalu di kawasan pejalan kaki taman tersebut. Marwan dan Hadad berjalan beriringan. Sekilas Hadad memandang ke kanan. Matanya pantas tertangkap kelibat gadis bertudung labuh di situ. Langkah kaki Hadad terhenti. Mata gadis tersebut begitu asyik menatap tasik di hadapannya. Tiada gerakan tubuh.  Kaku seperti patung.
'Kenapa?', Tanya Marwan setelah menyedari langkah kaki Hadad tidak lagi beriringan dengannya. Matanya memandang ke arah yang sama seperti Hadad.
'Panas terik begini boleh pulak gadis tu termenung kat situ. Pelik', Kening Hadad berkerut. Senyuman nakal tersungging di bibir Marwan. Kakinya berlari anak menuju ke arah gadis tersebut..Suara Hadad tersekat di kerongkong, tidak sempat menahan kenakalan sahabatnya itu. Pantas sahaja titian kayu di hadapannya dilalui.
'Assalamualaikum, Ukhti', Sapa Marwan dengan harapan dapat mendengar suara gadis tersebut. Sesaat berlalu. Salam berjawab tanpa suara. Hanya gerakan bibir. ego Marwan terguris. Namun masih mampu tersenyum.
'Ukhti berseorangan? Boleh saya temankan?', Pantas Marwan melabuhkan punggung di sisi Zaudah. Hadad menepuk dahi. Belumpun Marwan sempat duduk. Zaudah sudah berdiri. Dan pantas berlalu pergi. Hadad menahan gelak. Air muka Marwan berubah drastik.
'Kalau eya pun nak jual minyak, agak-agaklah bro. Takkan gadis solehah macam tu pun engkau nak buat selamba', Kata-kata Hadad umpama racun yang menjalar ke tangkai hati Marwan.
'Kau diam boleh tak?? Biasanya, gadis macam tu suka kalau diajak kahwin. Esok aku nak lamar dia.Kalau dia terima, masa tu jugak aku nak gelakkan dia! Tak sabar rasanya!', Senyuman dendam terukir di bibir. Hadad geleng kepala. 'Tak habis - habis budak ni!'. Bentak Hadad dalam hati.

^^Esoknya^^

Zaudah masih meneruskan rutin hariannya. Berteleku di tepi tasik. Menunggu Sayyidah Nafisah adik satu-satunya. Keterikan mata hari tidak sedikitpun mengganggu rutin hariannya itu. 'Panas matahari ini amat sedikit jika dibanding dengan panasnya api neraka. Ya, Allah Api neraka manakah yang kau sediakan untuk membakar aku... ' Lantas hatinya beristighfar. Air matanya sudah bertakung. pantas diseka dengan hujung lengan baju nya.
Marwan memerhati gadis itu dari jauh. Dia tersenyum sumbing. Kali ini dia datang tanpa ditemani oleh Hadad. Seperti kemarin dia berjalan mendekati gadis tersebut yang namanya belum diketahui.
'Assalamualaikum, ukhti', Marwan memberi salam. Dan seperti kemarin juga, Zaudah masih beku. Tanpa suara. Meski salam berjawab. Zaudah tidak beranjak apatah lagi berpaling memandang lelaki yang juga tidak diketahui namanya. Marwan berdehem beberapa kali.
'Saya Marwan. saya datang kali ini dengan hajat yang besar, ingin mengambil Ukhti sebagai isteri saya', Ayat yang sejak semalam dikarang hebat di minda mula digunapakai. Senyuman sinis terukir lagi di bibir. 'Harap-harap jerat mengena'. Bisik hati marwan. wajahnya penuh kejahatan .
Zaudah tersentak! Amat terpukul dengan lamaran itu. Hatinya mendongkol. Jantung yang sedia sakit, berdenyut laju. Dan seperti kemarin, sekali lagi dia berlalu begitu sahaja. Tangan kanannya sudah mula menekan-nekan dada kirinya. 'Ya, Allah... beri aku sedikit kekuatan dari kekuatanMu yang banyak'. Hati Zaudah bermohon penuh harap.Air mata mula menitik. Panggilan Marwan tidak sedikit pun dihiraukan. Wajah Marwan merah menahan malu. Untung saja Hadad tidak menemaninya. Kalau tidak, dimana wajahnya hendak dosorok. Hatinya semakin panas!!

^^Hari-Hari Berikutnya^^

Tasik itu sunyi tidak berpengunjung. Namun Marwan tetap setia menanti. Menunggu 'Ukhti' yang mulai mendapat tempat dalam hidupnya. Ukhti yang mengacau bilaukan jadual rutinnya. Sudah hampir sebulan dia kehilangan jejak ukhti tersebut. hatinya bagai dipalu-palu. Saban waktu penantiannya berakhir tanpa pertemuan. Pandangannya terarah pada kelibat gadis bertudung labuh. senyumannya mengembang.. bagai bunga disirami embun pagi...hatinya yang layu kembali subur.
Dan AKHIRNYA... Hari ini ukhti itu kembali ke tempat yang bersejarah buat Marwan. Hatinya bagai disinari mentari petang selepas hampir sebulan awan mendung menyelimuti.  Buat PERTAMA kali tiada lagi senyuman sinis di bibir. berganti dengan senyum bahagia. Pantas Marwan mendekat.
Zaudah duduk berteleku di tempat biasa. Hari ini mungkin hari terakhir tempat ini menerima kunjungannya. Hari ini dia berpuasa. Cuba sedayanya mengosongkan perut. Beg di sisi segera di pangku..


  ******************************                 

^^Jumaat Yang Hening^^

'Perlahan-lahan.. Jangan lupa alas kepala jenazah tu dengan tanah', Zafran cuba mengingatkan. Suara itu menggamit perhatian Marwan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut. Marwan singgah untuk menghormati jenazah  walau tidak tahu gerangan jenazah tersebut. wajahnya sugul.
'Nafisah akan selalu doakan akak. Kelak, Tasik Kauthar akan terus sunyi tanpa kehadiran akak..', Marwan tersentak! Nafas seakan terhenti. Jantung bagai tidak berdetik. 'Tasik Kauthar????' Maknanya dia... Wajah Marwan berona kaget!
'Maaf, dik. Maksud adik almarhumah ni Cik Zaudah?', Hati Marwan seolah pucat tidak berdarah.'Semoga bukan dia ya, Allah..' . Semangat yang terbang cuba dikumpul semula.
'Abang kenal Kak Zaudah??', Kening Nafisah berkerut. Mustahil!! Kak Zaudah bukan jenis wanita yang melayan lelaki. Tambah lagi setelah arwah sakit .
'Arwah ni , yang selalu duduk kat Tasik Kauthar kat belakang tu kan?. Abang kenal arwah kat situ', Jelas Marwan. Air mata ditahan, bagai air yang hendak tumpah.
'Abang ni... Marwan??', Soal Nafisah kembali. Hanya anggukan lemah membalas pertanyaan tersebut. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua. Menjadi tanda kepiluan hatinya saat itu.

Jadi benarlah isi surat tersebut. Benarlah nyawanya sudah tidak sepanjang mana. Tapi kenapa sesingkat ini sahaja.. Hujan mulai membasahi bumi. Lalu aroma kasturi bertebaran di tempat persemadian itu. Rata -rata mereka kaget. Namun masing - masing membasahkan lidah dengan kalimah Subhanallah.. Lalu talkin dibaca sayu. Diiringi gugurnya bunga-bunga kemboja putih...


:: Entiti Surat Ukhti Zaudah ::
11 Jamadil Awal 1433H /  13 April 2012
Assalamualaikum..

Kehadapan saudara Marwan yang tidak pernah saya lihat. Terlebih dahulu saya memohon maaf atas segala keterlampauan cara saya terhadapmu. Maaf andai ada tindakan saya yang mengguris hatimu wahai saudara seislam saya.
Sungguh saya berterima kasih atas kesudianmu melamar saya. Bersaksikan dua malaikat yang  menjaga saya . Andai kamu tahu umur saya sudah tidak sepanjang mana, pasti! lamaranmu itu untuk gadis lain.
Saya merasa berdosa pada dirimu kerana telah menjadi fitnah buatmu tanpa kamu sedari. Mungkin ada tindak tanduk saya yang telah memikat hatimu. Semoga Allah SWT mengampuni kita.
Maaf sekali lagi kerana surat ini adalah untuk menolak lamaranmu. Kamu terlambat wahai saudara. Saya sudah terlebih dahulu dilamar 'MAUT' sebelum kamu hadir. Maka, mana mungkin saya berpaling dari tunangan saya si 'MAUT' itu..
Maaf sekali lagi .. kerana tidak dapat menzahirkan suara di hadapanmu. Kerana nikmat suara itu sudah ditarik sejak berbulan yang lalu. Saya bisu wahai saudara. Andai saya boleh berkata-kata sekalipun, saya tidak akan menzahirkannya... keran bimbang suara saya menimbulkan syahwat di hatimu. 
Maaf sekali lagi .. Kerana tidak pernah menzahirkan senyuman selama di sampingmu. kerana hati ini sentiasa bimbang, sentiasa takut! Takut senyuman itu mengundang gelora pula di hatimu. Bimbang juga senyuman yang tidak bertempat mengundang derita di alam barzakh saya. Takut jika gara-gara senyuman itu membuat saya menangis di akhirat. Justeru saya tidak ingin tersenyum walaupun ianya sedekah .
Maaf sekali lagi.. Kerana tidak pernah memandangmu walaupun sekilas. Kerana saya sedia maklum pandangan mata itu adalah antara sekian panahan-panahan iblis yang boleh menjatuhkan kita ke lembah zina hati. Saya tidak sanggup menanggung dosa besar. Justeru itu, saya memilih untuk merenung tasik di depan saya.

Dan untuk terakhir kalinya... Maafkan saya. Tolong biarkan saya sendirian di tasik itu....

Sekian, Wassalamualaikum... 

Saya,
Zaudah ..
~Hanya Gambar semata tiada kaitan dengan kisah di atas~

Thursday, 12 April 2012

Rasa yang Pudar ^_^ V

berfikir....

berfikir....

berfikir...

dan akhirnya aku muhasabah diri... penuh kekurangan...
benarlah yang namanya nikmat itu pasti berakhir. tidak mungkin berpanjangan. pasti suatu saat ia terhenti..
kembali menyedari diri .. mana mungkin enggang dan pipit terbang seiring. dan tidak mungkin pipit sanggup merendahkan kepaknya untuk terbang seiring dengan aku si enggang yang jelek...

lantas, aku makin menjauh.... kembali ke sarang burukku yang daif...
akhirnya aku mengerti...
akhirnya si miskin ini sedar kedhaifan diri..

Sunday, 1 April 2012

MeNaNTi Di aLaM BaRZaKH -_-

Ku merintih,
aku menangis,
ku meratap ,
aku mengharap ..

kumeminta .. dihidupkan semula..
Agar dapat kembali ke dunia nyata..

perjalanan roh ku melengkapi semua kembara ..
singgah di rahim bunda sebelum menjejak ke dunia..
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar..
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya..

tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan juga rindu,
tujuh langkah pun baru berlalu seusai talkin bernada syahdu ,
tenang dan damai di pusaraku nisan batu menjadi tugu,
namun tak siapa pun tahu resah penantianku..

terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
seakan kudengari tangis mereka yang kutinggalkan,
kehidupan di sini bukan suatu khayalan,
tetapi ia sebenar kejadian...

kembali roh kembali, kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri , sendiri bertemankan sepi,
hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu ..

ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu,
tiada siapapun dapat hindari tiada siapa yang terkecuali,
lemah jemari nafas terhenti tidak tergambar sakitnya mati,
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang,
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,
selama ini diceritakan kini aku merasakan,
di alam barzakh jasad dikebumikan....

~pakaian terakhir setiap khalifah islam~ 


Sunday, 18 March 2012

Menangis kerana Takut kepada Allah SWT

" Maka barang siapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya, Syurgalah tempat diamnya"

( Al-Qur'an Surah An Nazi'at : 37-41)

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah  serta mendapatkan pahala & rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah SWT serta jauhi MAKSIAT 

Dalam kitab ZAHRIR RIYADH, dirawikan dari Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda :

" Ketika telah masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan dengan makanan & minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan. Kemudian Allah SWT berfirman,
" Wahai hamba-hambaKu, mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan",
Mereka menjawab,
" Janji untuk kami telah tiba waktunya".
Kemudian Allah SWT berfirman kepada malaikat,
" Bukalah tabir daripada muka mereka".
Malaikat menjawab,
" Wahai Tuhanku, Bagaimana dapat melihat Engkau,sedangkan mereka itu derhaka?".
Allah SWT berfirman lagi,
" Bukakan tabir! Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud & menangis di dunia kerana ingin berjumpa dengan Aku".

Lalu malaikat membuka tabir. Sehingga mereka dapat melihat. Maka dengan segera mereka bersujud kepada Allah SWT. Tetapi Allah SWT berfirman,
" Angkatlah kepalamu. Ini bukan tempat beramal. melainkan tempat keramat ( kemuliaan)",

Kemudian mereka melihat Allah SWT tanpa kaifiyah. Dan Dia ( Allah SWT ) berkata kepada mereka,
" Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau telah redha kepadaKu?",
Mereka menjawab,
" Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah dilihat  oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas di hati manusia".

Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah SWT:

" Allah rela kepda mereka dan mereka pun rela kepadaNya"
( Al-Qur'an Surah Al- Bayyinah : 8)

Dan firman Allah SWT berbunyi ,

" (Dan ucapan ) selamat perkataan daripada Tuhan yang Pengasih".
( Al-Qur'an Surah Yasin : 58)   




Tuesday, 28 February 2012

12 BaRiSaN Di aKHiRaT ^_^



Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

PiNgGaN BuaT AyAH .... ^_^

Utk dikongsi bersama................. 


SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.


Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.


"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.


Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.


Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.


Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.


Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.


"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik.


Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.


Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.




keutamaan FUQARA ..... ^_^



Imran Bin Husain ra Berkata,
" aku punya tempat dan kedudukan di sisi Rasulullah SAW",
dia berkata ,
"Hai Imran, kau punya tempat dan kedudukan di hadapanku. Pernahkah engkau menziarahi Fatimah Binti Rasulullah? ",
Aku jawab,
" Benar ya Rasulullah",
Rasulullah lalu berdiri dan aku berdiri bersamanya hingga sampai ke rumah Fatimah ra. dia mengetuk pintu dan mengucapkan,
" Assalamualaikum,bolehkah aku masuk?",
Fatimah menyahut,
" Silakan masuk ya, Rasulullah".
Rasulullah SAW berkata ,
"Aku membawa seorang teman".
Fatimah ra bertanya,
" siapa dia ya Rasulullah?".
Rasulullah SAW menjawab ,
"Imran".
Fatimah ra berkata,
" demi Zat yang mengutusmu sebagai Nabi, aku hanya pakai sarung.
Rsulullah SAW berkata,
" pakailah". sambil mengisyaratkan dengan tangannya.
Fatimah ra berkata,
" ini tubuhku telah kututupi, bagaimana dengan kepalaku?",
Kemudian Rasulullah memberi nya sedikit kain kemudian berkata,
" ikatkan ini kepada kepalamu".

Lalu Fatimah ra mengizinkannya masuk, Rasulullah SAW pun masuk sambil mengucapkan,
" Assalamualaikum, bagaimana keadaanmu wahai puteriku?",
Fatimah ra menyahut,
" Demi Allah, aku lapar dan agak sakit.aku tidak boleh makan hingga laparnya sedemikian rupa".
Rasulullah SAW lalu menangis dan berkata,
" Jangan sedih puteriku.Demi Allah aku tidak makan sejak tiga hari yang lalu. aku lebih mulia dari kau.Jika ku mohon pada Tuhanku, tentu Dia memberikan makanan.Tetapi aku memilih AKHIRAT daripada DUNIA".
Lalu Nabi memegangi bahu puterinya sambil berkata,
" Bergembiralah kau. demi Allah engkaulah junjungan wanita ahli SYURGA.
Fatimah berkata,
" dimanakah Asiah isteri Firaun dan Maryam Bin Imran?".
Rasulullah SAW menjawab,
" Asiah junjungan wanita di zamannya. Maryam juga junjungan pada alamnya. Dan kau junjungan wanita di alammu. Engkau semua berada di tempat yang kekal abadi di dalam kesenangan".
Kemudian Rasulullah SAW berkata padanya,
" Terimalah engkau dengan anak pamanmu. Demi Allah, aku kahwinkan engkau dengan junjungan di dunia dan junjungan di akhirat".

Dirawikan dari Ali ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan 4 hal: masa yang dimana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya dari para musuh ". 


~Anak- Anak penghuni syurgaMu Ya Rabbil A'lamin~
Rujukan: Mukashafah Al Qulub 
Karya : Imam Al-Ghazali
M/S : 158 

Monday, 27 February 2012

keburukan dunia dan meninggalkan nya

Abu Hurairah ra berkata : telah bersabda Rasulullah SAW kepadaku,
" Wahai Abu Hurairah, inginkah kau kuperlihatkan dunia dan isi nya?"
Kataku,
"Mahu ya Rasulullah" .
Kemudian Rasulullah memegangi tangan ku, dan membawaku ke sebuah jurang dekat Madinah. Di situ ada tengkorak manusia, kotoran, pakaian yang koyak rabak dan tulang-belulang. Kemudian baginda bersabda,
" Hai Abu Hurairah, tengkorak ini rakus seperti kerakusanmu dan berangan-angan seperti angan-anganmu.Kini ia telah menjadi tulang tanpa kulit. Kini akan jadi abu saja. Sedang kotoran ini adalah rupa makanan yang mereka makan bagaimanapun caranya, mereka masukkan ke dalam perut, lantas manusia membuangnya. Adapun benda yang telah rosak ini adalah mahkota dan pakaian mereka, lalu angin mencarik-cariknya. Bahkan tulang ini tulang tunggangan mereka yang diatasnya mereka memerintah negeri. Siapa hendak menangisi dunia. MENANGISLAH!! ".
Abu Hurairah berkata,
" Maka kami menangis sampai malam".

Hala tuju kita yang pasti adalah AKHIRAT!! 


Rasulullah SAW bersabda :
Dunia itu berada diantara langit dan bumi. Sejak diciptakan, Allah swt tidak pernah melihatnya. Ketika hari kiamat, dia berkata, " Ya, Tuhanku, jadikanlah aku dekat pada wali-waliMu pada hari ini. Allah SWT berkata, " diamlah engkau, wahai yang tidak berguna apa-apa! Sesungguhnya aku tidak merelakan engkau bagi mereka di dunia. Apakah aku akan merelakanmu bagi mereka di hari ini?". 


Jangan Terpedaya Dengan DUNIA!!!

Rujukan : Mukashafah Al-Qulub 
Karya : Imam Al-Ghazali 
M/S : 135 

Saturday, 25 February 2012

KeMBaR SeTiaP MaNuSia ^_^

Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing?


Setiap kali lepas ibu kita bersalin..si ayah akan membasuh uri..atau orang tua-tua kata itu kembar kita..sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu..dipanggil sebagai Qarin... Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.

Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin..merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM.

Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita..esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi.

Sampai di rumah perempuan tu..ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payungnya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. Student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu. Jika peristiwa itu pernah anda lalui..atau akan lalui.. jgn terkejut..kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa..cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini..tak kira jin atau syaitan atau Qarin..semuanya adalah makhluk Allah belaka.

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca .. A'uzubillahiminashaitonirrajim... insya-Allah..selamat... ..kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .



Friday, 24 February 2012

SiApA KaH MaNuSiA PaLiNg BeRaNi??? ^_^

SIAPA MANUSIA PALING KUAT DAN BERANI..????



MANUSIA yang PALING KUAT dan PALING BERANI.....
adalah ORANG yang TIDAK menutup AURAT


MANUSIA yang PALING KUAT dan PALING BERANI....
adalah ORANG yang TIDAK menunaikan SOLAT

MANUSIA yang PALING KUAT dan BERANI....
adalah ORANG yang TIDAK menngerjakan PUASA adalah

MANUSIA yang PALING KUAT dan BERANI.....
adalah ORANG yang TIDAK menghormati IBUBAPA

mereka KUAT kerana SANGAT tidak TAKUT PADA API NERAKA Allah SWT!!!
mereka KUAT kerana SANGAT berani MELAWAN PERINTAH TUHANNYA!

TETAPI INGATLAH!!!!!

KEKUATAN MEREKA ADALAH KEKUATAN YANG PALING TIDAK BERGUNA DAN SANGAT SANGAT MERUGIKAN BUKAN DI DUNIA SAHAJA MALAH LEBIH PARAH DAN BINASA DI AKHIRAT SANA !!

Inilah manusia yang paling BERANI..

"Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."

Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

Saturday, 18 February 2012

4 Cara Mengenali Keaiban Diri

Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan
agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu.

Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.