Monday, 31 October 2011

SoaL Jawab RaSuLuLLaH DeNGaN SYaITan LakNaTuLLAH ^_^

Dipendekkan cerita syaitan telah diarahkan oleh Allah SWT untuk menemui Nabi Muhammad bertujuan untuk memberitahu segala tipu daya syaitan terhadap umat Nabi Muhammad.

Syaitan memberi salam kepada Nabi Muhammad namun salam tersebut tidak dijawab malah Nabi Muhammad mengherdik syaitan supaya tidak memperdaya baginda. Terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada syaitan di antaranya :-

Siapakah musuh sebenar syaitan?

Musuh sebenar syaitan adala umat Nabi Muhammad dan Nabi Muhammad lah sebesar2 musuh syaitan. Syaitan boleh menyerupai apa sahaja bentuk, suara manusia, binatang namun satu-satunya yang syaitan tidak boleh menyerupai adalah Rasululah. Sekiranya syaitan menyerupai rupa Rasulullah pasti syaitan akan terbakar lalu menjadi abu.

Apakah bentuk perbuatan syaitan kepada makhluk Allah terutamanya umat Nabi Muhammad?

Antara bentuk perbuatan syaitan kepada umat Nabi Muhammad adalah menggoda manusia supaya leka dengan solat, leka dengan makan minum, goda manusia supaya minum arak, berbuat zina, berbuat derhaka kepada ibu bapa, pergaulan bebas dan sebagainya.

Kenapa syaitan bersusah payah melakukan perkara yang tidak berfaedah dan menambahkan laknat serta azab besar di neraka yang paling bawah?

Sekalian makhluk termasuk syaitan telah dijadikan oleh Allah SWT. Namun keengganan syaitan tunduk kepada umat manusia selaku khalifah di muka bumi menyebabkan syaitan disingkirkan serta dilaknat oleh Allah SWT. Syaitan berasa sangat marah dan bersumpah akan menyesatkan umat Nabi Muhammad hingga hari kiamat.

Sebelum Nabi Muhammad lahir ke dunia, syaitan dan bala tenteranya dapat naik dan turun dengan mudah ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah serta balasan pahala dan syurga mereka. Tetapi apabila syaitan turun ke bumi, syaitan memanipulasikan fakta yang sebenarnya dan menyampaikan kepalsuan kepada manusia. Namun selepas Rasulullah lahir sahaja syaitan tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia kerana banyak malaikat yang menjaga setiap lapisan pintu langit. Jika syaitan berkeras juga untuk naik maka malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.

Apakah perkara pertama yang syaitan akan tipu manusia?

Hamba akan palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama kelamaan manusia akan terjerumus lalu mengikut kemahuan hamba.

Jika umatku sembahyang kerana Allah SWT, bagaimanakah hal engkau syaitan?

Ia adalah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka akan kerahkan berpuluh-puluh syaitan datang menggoda seorang manusia pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa rakaat sembahyang, sentiasa hendak habis slat dan sebagainya.

Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah , apalah rasa engkau wahai syaitan?

Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah seluruh badan hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.

Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana hal engkau wahai syaitan?

Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.

Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana dengan engkau wahai syaitan?

Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian malaikat menyambut kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu dan digantikan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama ia berpuasa.

Yang menghancurkan hati hamba segala isi langit dan di bumi yakni malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan siang malam akan mendoakan keampunan bagi orang yang berpuasa.

Hamba dan tentera hamba, jin, syaitan dan ifrit akan ditangkap oleh malaikat yang diperintahkan oleh Allah lalu kami akan dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Sunday, 30 October 2011

sAmPaiKaN PaDa Dia.....


Sampaikan padanya, bahawa aku memohon maaf andai aku punya silap yang aku tidak sedar melakukannya…
Sampaikan padanya, kerana lidahku sudah kelu menegurnya…
Betapa luka perasaan bila aku berusaha menegur dan menyapa tapi hanya dibalas dengan kata2 ala kadar darinya…
Aku cuba mendekatinya, namun memandang wajahku pun seakan dia tidak mampu melakukannya…
Kenapa semua menjadi tiba2 seperti ini?
Apakah aku telah melakukan kesilapan yang membuatkan hatinya dan matanya jijik benar melihatku…
Mengapa dia buat aku seperti tidak wujud di dunianya?
Betapa aku rindukan musim indah persahabatan kami…
Aku benar2 kehabisan kata untuk terus menerus mendekatinya…

Sampaikan padanya, bukan niatku untuk menjauhkan diri darinya…
Kerana aku juga insan biasa yang punya hati dan perasaan..
Aku juga wanita sepertinya yang punya emosi sedih dan kecewa…
Bukan niatku untuk tidak lagi memandangnya…
Cuma aku ingin dia lebih selesa jika aku tidak menegurnya…
Bukan kuambil keputusan untuk memutuskan persahabatan denganya…
Cuma… Aku tidak ingin dia terus memaki hamun ku didalam hati setiap kali aku berkata2 padanya…

Mungkin dengan cara itu, dia akan mampu melalui hidupnya dengan lebih baik…
Andai persahabatan ini harus ku akhiri, biarlah hanya kematian memisahkan kita…
Andai perpisahan itu engkau sukai, maka akulah sahabat yang sanggup pergi dahulu…

Mungkin dimatamu aku tidak pernah mengambil berat atau bertanya apa2 perihal hidupmu..
Namun, dalam setiap sujudku, sentiasa terselit sedikit doa buatmu…
Mungkin aku tidak seperti sahabat mu yang lain, yang sentisa sudi berkongsi suka dan duka bersamamu…
Namun, akulah sahabat yang sentiasa menjadikan doa sebagai senjata untuk membentengimu dari segala duka dan kesesatan dunia…
Aku tidak mampu mengungkapkan semua ini padamu, kerana aku tahu jiwamu ..
Aku tahu betapa kau selalu menganggap orang sepertiku berpura2 dalam menyampaikan kebaikan…

aku juga insan sepertimu…
yang sering melakukan kesilapan…
Biar kita sama2 memperbetulkan kekhilafan diri, agar kita sama2 menempuh hidup dibawa redha Illahi….


sahabat mu yang kau tinggalkan,  (T_T)

~ukhwah antara kita~

BerSaMa TeMan.... ^_^

Hari ini, ana hanya menghabiskan masa di rumah melayan  filem2 baru. hehe... salah satu hobi ana selain membaca adalah menonoton filem. tak kiralah melayu, cina, inggeris dan yang paling ana suka semestinya cerita korea. hikhik. ntah lah sejak bila minat melayan filem korea nie. tapi yang pastinya kalau boleh nak buat koleksi filem korea. kesampaian atau tak matlamat ana ini, biarlah masa yang tentukan semuanya. uiseh.. bagi ana menonton nie bukan sekadar nak melayan mata mahupun mengisi masa. tetapi menonton jugak akan membantu kita membuka mata dan minda supaya lebih mudah memahami konsep kehidupan manusia. wah, macam ahli falsafah lah pulak. tak salah rasanya kalau hanya berkongsi pendapat kan? 

bersama teman? eya, bersama teman selepas saja menunaikan solat maghrib ana menemaninya ke PC Fair untuk  membeli laptop.. hah, nak tahu berapa harganya? RM999. ana sendiri terkejut dengan harga 2. sebab bagi ana harganya agak murah. dah rezeki dia untuk dapat laptop murah. Alhamdulillah... harap - harap nanti kemudahan yang dah ada tu dapatlah sedikit sebanyak digunakan untuk medan dakwah. Rasulullah pernah bersabda, sampaikanlah pesan ku walau pun hanya sepotong ayat. maksudnya, berdakwahlah walau pun hanya sedikit sahaja yang mampu disampaikan. dan jangan sekali - kali beranggapan yang berdakwah itu hanya boleh dilakukan oleh orang - orang warak sahaja. kerana konsep dakwah itu menyeluruh. selagi kita ini bernama muslim, selagi itulah berdakwah itu adalah tanggungjawab kita. 

Semoga kita sama- sama diberi kekuatan supaya mampu menyebarkan islam serta mengembangkannya ke mana sahaja. 

Erm, sampai sini dulu topik untuk kali ini. semoga diberi kesempatan di lain hari pula untuk terus mencoret d  blog ini. InsyaAllah... 

aja2 Fighting!!


Saturday, 29 October 2011

LuaHan RaSa ^_^

Bertemu lagi dalam blog ana.. tiada apa yang menarik ingin dikongsikan. hanya luahan rasa yang serba sedikit untuk dijadikan tatapan para pengunjung..

Waktu terus berlalu. meninggalkan hari - hari semalam. Dan tidak mungkin berulang kembali. sudah hampir 4 minggu ana bekerja di tempat baru. Dan setakat ini, ana masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan tugas - tugas ana di situ. Ntahlah.. Sama ada ana  yang bermasalah atau sememamngnya jiwa ana belum betul - betul lekat lagi dengan kerja baru tersebut.

Suasana baru membuat kan ana terlalu santai dan seolah - olah tiada apa yang perlu dibuat. Just tunggu telefon berdering kemudian sambut dan ambil order. hmm... dan sampaikan ana berpeluang membaca dekat 4 buah novel sepanjang bekerja disitu. Alhamdulillah kerana disamping bersantai, ana tidak melepaskan peluang untuk menimba sedikit ilmu dan mengisi masa dengan membaca.

Bersyukur sangat - sangat sebab masa santai yang ada dapat di isi dengan sesuatu yang berguna. Nampaknya, minat membaca ana menjadi penyelamat kali ini. ^_^  Ana baru sahaja habis mengkhatam novel karya anita aruszi A.K.A Mazni Anita yang bertajuk Sayangku Casper. cerita yang menarik. karyanya yang berlatar belakang kan Paris membuat ana turut melayarkan imaginasi merentasi laut untuk ikut sama menjelajahi Kota romantis itu.

terbayangkan keindahan kota tersebut membuatkan jiwa ana berbunga bahagia. seolah - olah ana berada di iffel tower bersama si dia yang tersayang.. mampukah ana ke sana eya? ana tidak punya jawapan untuk itu.Kerana bagi ana, melancong belum pernah lagi tercatat dalam sejarah hidup ini. Ana tidak bersedih. semoga Allah menggantikan itu dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah..

Okey lah... Ana pun dah penat menaip.. rasanya setakat ini dulu luahan ana . jika punya kesempatan di lain hari, ana akan mencoret lagi di dada blog ini... InsyaAllah...

~semoga percutian ana yang terakhir nanti adalah syurga ~

Teka-Teki Imam Al-Ghazali Kepada Anak Muridnya ^_^

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya 

lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) : 

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "



Friday, 28 October 2011

KeNaPa WaNiTa MeLuAt DeNGaN BiDaDaRi ???

Kenapa wanita MELUAT dgn BIDADARI? ...eh????


 “Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”..
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana ntah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Saya  nak bincang hal yang lebih penting.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. 



Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke? 
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. 
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.


Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. 
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’. 
Betul? 
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.



Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?



Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..
P. S : Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!=)

Amin...^___^

10 JeNiS TaNGiSaN (T_T)

Kata Ibnu Qayyim "10 JENIS TANGISAN "

• Menangis kerana terlalu sedih
• Menangis kerana terasa hina dan lemah
• Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
• Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
• Menangis orang munafik - pura-pura menangis
• Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
• Menangis kerana rasa takut
• Menangis kerana cinta
• Menangis kerana gembira
• Menangis kerana menghadapi penderitaan.

MENANGISLAH!!! BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH!!! DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN!!!

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“ Dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. ”
(An-Najm,43)

Jadi, ALLAH SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti…kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini.

Namun,tangisan itu tercela atau terpuji..?? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Rasulullah bersabda mafhumnya;
"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah;…(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah ketika bersendirian kemudian air matanya mengalir"

( HR. al-Bukhari, Muslim dan lain-lainya )

dan juga dalam hadis lain mafhumnya,
"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak"

(HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)

Air Mata Yang Tiada Di Tuntut

• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita.Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?

• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.

• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan. Dari itu...

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".
(QS. 17:109)

Ku titiskan air mataku ini buatmu YA ALLAH...



KaWaN, TeMaN & SaHaBaT ^_^

Jika ada yang bertanya padamu siapa aku, katakanlah aku adalah sahabat. Jika dia masih kurang yakin dengan jawapanmu, katakanlah kau mengenaliku…
Aku hanya insan biasa yang tak punya apa… hartaku tidak berlimpah.. wajahku tidak seindah bulan yang dipagari bintang.. kelilingku tidak punya kenalan yang ramai menemani..

Ingin ku karam dalam lautan nan luas.. Biarku bertemankan karang-karang yang bisu…
Biarkan aku bersindirian bersama tapak sulaiman yang sepi..
Aku lebih rela begitu, dari melihat mu yang tidak sudi memandangku..
Aku tidak meminta banyak dari hidupmu.. Cukuplah kau mengingatiku sebagai manusia yang pernah mendampingimu..
Kerana bagiku, persahabatan kita umpama talian hayat yang amat kunantikan sepanjang hidupku…

Tapi kini, aku kehilangan mu. Benarkah itu?? Atau kau yang kehilangan jejakku?
Aku masih terfikirkan satu hal yang tidak dapat kujawab oleh akal warasku..
Yang manakah lebih sakit.. yang ditinggalkan atau yang meninggalkan?
Aku pernah rasa sakitnya ditinggalkan…
Perih! Sungguh tiada yang mampu jadi ubatnya, hatta masa sekalipun..
Sakitnya umpama, tangan yang dikerat saat kau sedar.. seolah-olah urat-urat yang berada ditanganmu itu terputus satu persatu… dan saat tangan tersebut tercerai dari bahumu, sepertiga nyawamu turut melayang terbang di bawa angin lanina yang tak mungkin kau temui kembali..Sekuat manapun matamu kau pejam, kesakitan itu takkan berlalu sepantas kerdipan matamu yang kian lemah…

Ya… Aku ingin teriakkan rasa sakitku! Tapi, kata-kata ku ditimbus lahar bisa  yang maha sakit di tekak. Membuatku seakan sukar bernafas..  Membuatku mendongak ke langit, lalu perlahan-lahan aku berbisik kepada Tuhan ‘ Redha lah aku ya, Allah’ …

Sahabat…
Segala riang dan gembira yang kita kongsi bersama amat indah buat manusia sekerdilku…
Masih terngiang-ngiang gelak ketawamu.. Terlalu indah.. Ibarat instrumal piano yang membuai rasa ku di saat aku inginkan ketenangan..
Di Matamu kulihat diriku,
Di jasadmu ku lihat semangatku…
Apakah kau merasa hal yang sama duhai kawan?

Aku mahfuz di dunia sementara ini,.Tapi tolong…Jangan hapus aku dari jiwa mu,ingatanmu dan doamu,.Iringi aku dengan doa kudus mu..Aku pergi tak mungkin kembali.. Aku akan merindukanmu… adakah kau juga akan merinduiku?

Ingin sekali aku membencimu… tapi hatiku tidak mampu berbuat begitu.. Kerana kebaikanmu terlalu banyak yang aku kenang… terbayang-bayang di pelupus mataku yang berat ini. Kebaikanmu, melebihi kesakitan yang kau wujudkan di dalam hatiku… Itu adalah sebab terbesar aku masih setia di sisimu, walau kau tidak lagi melihat kewujudanku…



Sahabatku,
Relakan pemergianku.. Perpisahan ini sedikit pun tidak akan memutuskan ikatan ukhuwah antara  kita.. kerana ikatan ini kusimpul mati… telah ku simpan di dalam kalbu yang ku kunci… dan untuk pengetahuanmu, kuncinya telah ku lontar jauh ke dasar laut…
Jangan kau tanyakan di mana lautan itu, kerana aku akan buat- buat lupa supaya kau tidak akan menemui kuncinya kembali..


Kawanku,
Engkau kah itu?
Yang mendoakan kebaikanku di dunia dan akhirat?
Engkaukah itu?
Yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah, tatkala tubuhku sudah terbaring kaku?
Aduhai, sayu hatiku melihat air matamu yang berguguran..
 Jangan menangis lagi…
Jangan kau siksa aku dengan air mata itu..
Aku tidak mungkin dapat menghapus air matamu lagi.
Bawalah sapu tangan bercorak cintaku padamu supaya air matamu itu tidak terus membasahi pipi mu yang pernah tersenyum buatku…


Sahabat,
Akhir kata dariku. Andai persahabatn ini terlerai jua… Aku doakan kau bertemu dengan sahabat, teman, mahupun kawan yang lebih baik dariku. Kerana aku hanya seorang yang biasa tetapi impianku terlalu tinggi hingga menjulang angkasa raya .. aku ingin menjadi teman yang luar biasa buatmu… yang mampu mencapai jarimu saat kau kehabisan daya untuk bangun dari terus berjuang di jalanmu.. aku ingin menjadi bahu yang tegar memikul beban duka yang tidak tertanggung di pundakmu.. terima kasih padamu kerana sudi menjadi teman buat ku. Semoga kau bahagia di samping sahabat barumu…. 

~JaNGaN LuPa AkU~





Thursday, 20 October 2011

aKiBaT LuPa Mati! ^_^

Barang siapa melupai mati, ia akan menderita 3 perkara, iaitu :


  1. Menunda-nunda taubat, akhirnya mati dalam keadaan membawa bersama dosa yang belum diampunkan. seringkali panjang angan-angan kerana menyagka mati masih lambat dan hidup masih panjang.
  2. Tidak rela hidup sederhana akhirnya memburu kesenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari mengingati Allah SWT . Seringkali merasa kecewa dan putus asa seolah-olah dunia ini segala-galanya. kegagalan seolah-olah kegagalan hakiki. terlalu mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain!
  3. Malas beribadah, kelazatan mengecapi nikmat dunia menyebabkan lenyapnya kelazatan beribadah kepada Allah SWT. Hilang kemanisan ibadah, mungkin dirasai kosong dan tidak bermanfaat.. 
Wallahualam....


InsyaALLAH.... 


KiSaH KeLeBiHaN BerSeLaWaT KeAtAs RASULULLAH SAW ^_^

Rasulullah SAW bersabda: Malaikat berkata padaku .....  
  1. Jibril A.S berkata :  Wahai Rasulullah, barangsiapa berselawat keatas mu, tiap-tiap hari sebanyak 10x, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian sirat seperti kilat yang menyambar...
  2. Mikail A.S berkata : Mereka yang berselawat keatas kamu, maka akan aku beri mereka minum dari telagamu..
  3. Israfil A.Sberkata : Mereka yang berselawat keatasmu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah SWT mengampuni orang itu..
  4. Izrail A.S berkata : Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi... 

YaNg AkaN HiLanG ^_^

Lesu langkah yang diatur,
Bukan kerana kehabisan tenaga ,
Bukan kerana hilang arah tujuan,

Mata ini lesu,
Melihat dunia yang semakin bergelora,
Pandangan tidak lagi seindah dulu,
Penuh corak dosa dan debu maksiat..

Apa jadi bangsaku??
Apa jadi agamaku??
Mana dia islam hadari??
Mana dia muslim Sejati?

Mereka hilang berserakan,
Tanpa iman dan amal,
Bergelumang dosa yang dibanggakan, 
Betapa sedih hati Anbia,
Melihat agama yang ranap tiangnya..

Lihat lah Alam.....
Betapa senandung syaitan jadi pujaan,
Apakah zikir dilupakan?
Atau, hiburan dijadikan tunjang??

Makin berakarlah Ujub,
Makin nipislah iman,
Makin hancurlah islam,
Makin sumbanglah bangsa..

Insaf! Insaf! Insaf!!!
Modal kita adalah masa!
Jangan di sia begitu sahaja,
Bangkitlah islam HADARI...


^_^ Hayya Alal Falah  ^_^









Monday, 17 October 2011

12 Azab Meninggalkan Solat ^_^

solat itu tiang agama. Jika solat tidak didirikan dan dipelihara, maka runtuhlah iman dan agama.
solat membezakan antara kaum muslimin dan kafirun. perkara pertama yang akan dihisab di hari akhirat adalah SOLAT. Barang siapa yang menjaga solatnya, dia akan dimasukkan kedalam SYURGA dengan SEGERA. Manakala barangsiapa melalaikan SOLAT AZAB SEKSA menanti mereka.


Dalam sebuah hadis  menerangkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
" Barangsiapa yang mengabaikan solat berjemaah maka ALLAH SWT akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atas dirinya.


3 darinya akan dirasainya semasa di dunia ini, antaranya ialah:
1. Allah SWT akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya .
3. Dia akan dibenci oleh orang- orang beriman.


3 macam bahaya pula ialah ketika dia hendak mati, Antaranya:
1. Roh dicabut ketika dia dalam keadaan yang angat haus walaupun dia telah meminum SELURUH air laut.
2. dia merasa yang AMAT PEDIH ketika roh dicabut keluar .
3. Dia akan dirisaukan dengan kehilangan imannya.


3 Macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya:
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nangkir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul ( seperti jari bertemu jari )


3 lagi azab menanti di hari kiamat, antaranya:
1. Hisab keatasnya menjadi sangat BERAT!
2.ALLAH SWT sangat MURKA kepadanya.
3. ALLAH SWT akan menyiksanya dengan API NERAKA !


Saturday, 8 October 2011

FiRdAuS @ JahaNnaM???

13 ALASAN TIPIKAL WANITA ENGGAN MENUTUP AURAT


pernah nasihat tak ataupun tegur kawan-kawan yang tidak menutup aurat ? mari kita kupas alasan seperti apa yang kerap kita dengar dari mereka supaya terkecuali daripada menutup aurat. jawapan apa yang sesuai untuk alasan mereka itu?? 


1. semua yang tutup aurat tu confirm masuk syurga tak??? 
~ yang pasti kalau tak tutup aurat confirm masuk NERAKA. Nauzubillah....
2. tudung labuh pun macamlah baik sangat. buat dosa jugak kan? mengumpat orang pulak tu.
~Bila iblis tak mahu ikut perintah Allah bersujud kepada Nabi Adam A.S , dia menyalahkan perintah Allah itu, dia kata ' Apahal pulak aku kena sujud? padahal aku lebih baik dan mulia'. samalah seperti TUDUNG, TUDUNG pulak disalahkan' " pakai tudung tak semestinya Baik... Bla... Bla.... Bla.... Bla... "
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku, kau dulu lagi JAHAT nak mampus! 
~tak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan yang baru masuk islam untuk berdakwah kepada kaumnya. maksudnya, Dakwah itu tuntutan. selagi kau islam, dakwah itu wajib walaupun kau tak seberapa betul. sekurang-kurangnya engkau dah bertaubat dan insaf sekarang.
4. Walaupun kami seksi tapi hati kami baik.... 
~ adakah kau mendakwah diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup untuk menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat??
5. pakai jarang ka, ketat kah, itu hak kami, kalau tak suka jangan tengok!
~adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk  menahan godaan syaitan dan nafsu yang membuak - buak???
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. terpulanglah kepada individu yang memanda
ng kami.
~ seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut!
7. walaupun kami tidak bertudung kami tetap solat dan puasa.
~ apakah ibadat kau di terima?? kau yakin cuma dengan berpuasa dapat menjamin kau masuk syurga??? 
8. suka hati kamilah nak berpakaian macam nie, kami tak susahkan hidup orang lain pun!
~Kau sebenarnya dah menyusahkan bapa, abang adik suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka kerana tidak menegur dan gagal mendidik kamu.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Allah SWT.
~ Berani di dunia! berani kah kau nanti cakap macam tu nanti d depan ALLAH SWT??? lawan perintah Allah, neraka tempatnya! 
10. kami pakai macam nie, sebab ikut arahan photographer/ pengarah filem untuk disesuaikan dengan scene. ( ayat Artis )
~ sanggup patuh arahan mereka daripada suruhan ALLAH SWT ?? Nauzubillah !
11. Bukan kami tak mahu menutp aurat, tapi belum sampai seru.. 
~ mati tak mengenal usia. tak takut kah mati dalam usia muda? tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan drastik??? slow - slow lah... 
~ bolehkah cakap dengan malaikat Izrail " Nanti, Tunggu kejap! Lepak lah dulu. jangan ambil nyawa aku lagi.
13. Tutup aurat itu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.. 
~ kalau begitu kau sebenarnya HIPOKRIT kerana tidak ikhlas beragama kan islam. 


*****************************************************************
   " Wahai wanita, setiap ciptaan Tuhan yang benda berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. di mana kamu boleh dapatkan permata ? tertanam jauh di perut bumi. tertudung dan dilindungi. di mana kamu  jumpa mutiara ? terbenam jauh didasar lautan, terudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang amat cantik.. di mana kamu cari emas? terperosok dilapisan bumi, tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci... lebih berharga daripada permata, mutiara mahupun emas. oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu"
Jazakallah .... Syukran .... 


Pilihan Di Tangan Anda 

Allah itu Maha Pemurah.... ^_^

Assalamualaikum..... 
Bertemu kembali dengan ana di blog terbaru....  Jika kalian pernah mengikuti blog ana sebelum ini Punshay_iis87.blogspot.com, maaf blog tersebut telah ditutup kerana ana terlupa paswordnya (^_^).. 
kini ana kembali dengan blog baru... Mudah-mudahan masih mampu berkarya dan mampu menjadikan blog ana sesuai dibaca semua golongan...

pejam celik, pejam celik... tidak tersa bulan ramadhan sudah pun berlalu dengan pantasnya... ana sendiri masih terkenang-kenang nikmat ibadah di bulan mulia tersebut... kini kita telah d pertemukan dengan bulan Zulkaedah. 

dan untuk pengetahuan teman - teman ana kini sudahpun mula bekerja di tempat baru sebagai kerani Am... 
Alhamdulillah ternyata Allah itu sentiasa Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya yang tidak pernah berputus harap dari rahmatnya... 

Rasulullah pernah bersabda bahawa, senjata orang mukmin itu adalah doa.. 
Dan tidak dinafikan senjata itu lebih pantas membunuh berbanding bedikan peluru ..
lebih pantas sampai kepada Allah berbanding kelajuan cahaya mahupun kepantasan perkhidmatan Pos..

Ingin saya tegaskan disini, perbanyakkanlah berdoa walaupun sekadar ingin meminta petunjuk untuk hal-hal kecil, kerana Allah SWT amat menyukai hambaNya yang selalu bergantung harap padaNya.. 
Dan berprasangka baiklah kepada Allah atas apa sahaja yang Dia takdirkan untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaanNya..

Itu sahaja untuk kali ini, semoga kita bertemu lagi di nukilah seterusnya.... 
doakan ana sentiasa diberi kekuataan untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.. 
InsyaAllah... Syukran .....